web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dipandang Sepi Di Negara Sendiri, Ayez Shaukat Berjaya Tembusi Hollywood 

Sudah 13 tahun dia menceburkan diri di dalam bidang perfileman tetapi akhirnya Ayez terima penghormatan cukup besar dari jurulatih Dwayne Johnson ‘The Rock’ di Hollywood. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2022 8:00PM

Gambar dari Instagram Ayez Shaukat

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Barangkali, dia tidak begitu dikenali di kalangan peminat dunia perfileman tempatan. Namun, penglibatan Ayez Shaukat di dalam bidang ini bukanlah baharu.

Bermula sebagai kru teknikal, pelagak ngeri, koreografer lagak ngeri, pengarah aksi dan akhirnya mengarahkan filem sendiri iaitu Gila Gusti, siapa sangka, Ayez yang juga seorang pelakon dan ahli gusti negara telah berpeluang muncul di kaca TV Hollywood, baru-baru ini.

Menariknya, kemunculannya di stesen televisyen Amerika Syarikat itu lengkap dengan bertanjak dan bersongket demi membawa imej dan identiti sebagai anak Malaysia di negara tersebut.

Namun, di sebalik kejayaan tersebut, terselit sedikit kekecewaannya di dalam dirinya. Kata Ayez, walaupun sudah 13 tahun menceburkan diri di dalam bidang ini, namun dia masih tidak diberi peluang untuk mengembangkan bakat dan kreativitinya di dalam bidang ini dengan sepenuhnya.

“Mungkin saya tak cukup popular, tinggi dan kacak untuk pasaran di sini. Mungkin saya ini jenis pendiam dan jarang bergaul.

“Apa pun, saya bangga dapat keluar di kaca TV di Amerika Syarikat. Menjadikan saya ahli gusti dan pelakon yang berjaya tembusi negara itu.

“Syukur, Alhamdulillah, walaupun tidak dihargai di sini, tetapi dipandang tinggi di luar sana.

“Malah, kerana bakat saya dalam pengarahan dan lakonan, Dr Tom Prichard iaitu jurulatih yang telah melatih Dwayne Johnson ‘The Rock’ sendiri telah menjemput saya untuk mengajar pelajar-pelajarnya di Knoxville, Tennessee,” katanya dalam satu perkongsian di Instagram storynya. 

Menurut Ayez lagi, di Malaysia, dia sering menjadi pilihan terakhir syarikat produksi filem, sama ada untuk lakonan mahu pun untuk pengarahan aksi atau pengarahan.

“Bila sudah tiada pilihan lain atas kekangan jadual atau bajet, baru mereka cari saya. Kamu buat ni dulu, nanti bila ada projek besar, kami mesti panggil kamu lagi.

“Itu yang mereka janjikan. Tapi biasanya saya Cuma akan dipanggil semula apabila mereka mintak tolong bila bajet betul-betul rendah. - Getaran, 13 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa