web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bolehkah Neelofa, Haris ‘Honeymoon’ di Langkawi?

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2021 11:54AM

Gambar Fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Belum pun selesai isu perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) semasa majlis pernikahan mereka Sabtu lalu, nampaknya pasangan itu sekali lagi menjadi bualan ramai apabila beberapa keping gambar Neelofa dan Haris Ismail yang didakwa menuju ke Langkawi untuk berbulan madu telah tersebar di laman sosial.

Menerusi foto berkenaan, dapat dilihat mereka bergambar di lapangan terbang bersama seorang lelaki yang katanya ditugaskan untuk membawa pasangan pengantin baru itu bersiar-siar di Langkawi. Gambar berkenaan telah mencuri perhatian ramai dan mengundang pelbagai spekulasi. 

Jika menyorot kembali pengumuman yang pernah dibuat Majlis Keselamatan Negara (MKN), kerajaan telah membenarkan aktiviti pelancongan dengan dua syarat. 

Pertama, mestilah melalui agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bermula 10 Mac lalu. Kedua, kebenaran ini hanya boleh diguna pakai di antara negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). 

Dalam laporan terbaharu MKN, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak masih lagi berstatus PKBB. Pihak Getaran juga telah menyemak semula fakta tersebut dengan menghubungi bilik Gerakan MKN. 

Tiada sebarang bukti yang dapat mengesahkan kesahihan berita di sebalik foto yang tular itu. Getaran telah cuba menghubungi pihak pengurusan Neelofa namun masih belum memberi sebarang jawapan. - Getaran, 30 Mac 2021


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Penyalahgunaan Dadah: ‘Bagok’ Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 38 minit yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Konsert anjuran Icon Entertainment yang berlangsung lebih tiga jam itu bukan sekadar persembahan muzik, malah menjadi medan mengimbau kenangan dan nostalgia bua...