web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Waktu Sertai Gegar Vaganza 8, Nikki Palikat Sudah Bercerai 

Nikki akui selepas bercerai, hubungannya bersama bekas suami, Audi Mok menjadi bertambah baik dan mereka lebih serasi kekal sebagai kawan. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2022 9:45AM

Gambar fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bukan rahsia lagi apabila penyanyi Nikki Palikat mengumumkan telah pun bercerai dengan komposer, Audi Mok selepas lebih 10 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama. 

Perkara itu telah disahkan Nikki sewaktu diwawancara di dalam program hiburan Melodi tengahari semalam. Nikki atau nama sebenarnya, Nicolette Louisa Palikat, 38, mengakui dia telah bercerai dengan Audi Mok dalam tempoh pandemik. 

Gambar fail
Gambar fail

Katanya lagi, bukan sengaja dia cuba menyembunyikan hal itu daripada pengetahuan umum, namun dia sendiri perlukan tempoh masa bertenang untuk menerima takdir hidupnya itu. 

Bahkan, Nikki juga akui bahawa selepas bercerai, hubungannya bersama bekas suami, Audi menjadi bertambah baik dan mereka lebih serasi kekal sebagai kawan.  

Sementara itu, pengurus peribadi Nikki iaitu Jeff Wai memberitahu, sewaktu menyertai Gegar Vaganza Musisom 8 (GV8), Nikki sudah pun bercerai dengan Audi. 

“Namun, ketika itu, memang kami terpaksa rahsiakan perkara ini daripada pengetahuan umum kerana GV8 adalah sebuah pertandingan. 

“Nikki perlu menumpukan perhatian terhadap persembahannya daripada minggu ke minggu di dalam program tersebut. 

Audi Mok (kiri) bersama Nikki. - Gambar Instagram
Audi Mok (kiri) bersama Nikki. - Gambar Instagram

“Jika kita umumkan, pasti yang akan diberikan perhatian lebih adalah mengenai perceraiannya dan bukan dari sudut persembahan dan pasti hal itu sedikit sebanyak akan mengganggu-gugat persembahan Nikki pada setiap minggu nanti,” katanya kepada Getaran. 

Jeff juga berkata, bahawa Nikki dan Audi telah pun berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka, namun ia menemui kegagalan. 

“Mereka memang tidak punya keserasian untuk hidup bersama sebagai suami isteri. Tetapi, bila sudah bercerai, hubungan mereka jadi bertambah baik pula,” katanya lagi. 

Nikki yang terkenal dengan lagu 'Caramu' mengahwini Audi Mok Chuang Yew sekitar tahun 2009. Pasangan ini dikurniakan anak lelaki bernama Liam Mok, 11, yang lahir pada 27 Oktober 2010. - Getaran, 27 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bella Astillah Nekad Bercerai Dengan Aliff Aziz

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Peguam Tak Tahu Dakwaan Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Pernah Bercerai Sebelum Ini, Akan Segera Siasat

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

"Dalam Kehidupan Kita Tak Boleh Miliki Semuanya" Coretan Puteri Sarah Bikin Netizen Mengalir Air Mata

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Temui Kata Sepakat, Puteri Sarah Dan Syamsul Yusof Akhirnya Bakal Bercerai Pada 18 April Ini

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN