web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peguam Tak Tahu Dakwaan Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Pernah Bercerai Sebelum Ini, Akan Segera Siasat

Menurut peguam syarie yang mewakili Syamsul Yusof iaitu Azmi Mohd Rais, dia akan mengarahkan petugasnya untuk melakukan siasatan lanjut mengenai dakwaan anak guamnya pernah bercerai sebanyak dua kali seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2023 1:12PM

Azmi Mohd Rais - Gambar oleh Helmi Anuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peguam syarie yang mewakili pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Azmi Mohd Rais mengakui bahawa dia tidak tahu mengenai dakwaan anak guamnya pernah bercerai sebanyak dua kali bersama isterinya, Puteri Sarah Liyana sepertimana yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

Menurut Azmi, Syamsul tidak pernah memberitahunya tentang perkara ini dan dia hanya mengetahui tentang dakwaan anak guamnya pernah bercerai menerusi media sosial. 

“Saya pun baru tahu tentang perkara ini menerusi media sosial serta ramai yang bertanyakan saya tentang perkara ini. Saya perlu periksa dengan Syamsul dulu. 

“Saya akan arahkan petugas saya membuat carian fail jika benar mereka pernah memfailkan perceraian ini seperti yang didakwa,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Ditanya adakah akan jatuh talak tiga andai lafaz cerai berlaku pada prosiding seterusnya pada 25 Mei ini, kata Azmi andai benar Syamsul dan Puteri Sarah pernah bercerai sebanyak dua kali sebelum ini, maka talak tiga akan jatuh. 

Terdahulu, sebuah akhbar tempatan melaporkan bahwa Syamsul dan Puteri Sarah pernah bercerai sebanyak dua kali dan lafaz talak itu pernah direkodkan di Mahkamah Syariah Petaling Jaya pada tahun 2020.

Kes penceraian pasangan ini masih berjalan di Mahkamah Syariah apabila kedua-dua mereka gagal mencapai persetujuan dan Syamsul enggan menceraikan Puteri Sarah pada 18 April lalu. Prosiding kes ini akan disebut semula pada 25 Mei 2023. – Getaran, 5 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 54 minit yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

2

Semasa 17 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

3

Video & Galeri 22 jam yang lalu

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN