web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


"Dalam Kehidupan Kita Tak Boleh Miliki Semuanya" Coretan Puteri Sarah Bikin Netizen Mengalir Air Mata

Menurut Puteri Sarah, sekuat mana dia cuba menggenggam dan bertahan, andai Allah ingin dia lepaskan, maka dia reda dan ikhlaskan. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2023 9:31AM

Coretan Puteri Sarah itu telah mendapat lebih dari 5,000 komen balas daripada netizen termasuk rakan-rakan selebriti. - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semalam media telah melaporkan bahawa kemelut rumahtangga yang berlaku di antara Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof bakal bertemu titik noktah apabila kedua-dua mereka telah sepakat untuk bercerai pada 18 April Ini.

Menerusi satu hantaran yang dimuatnaik  Puteri Sarah di akaun Instagram, dia telah menulis satu coretan tentang apa yang telah berlaku dalam hidupnya.

"Dalam kehidupan kita tidak boleh memiliki semuanya. Sekuat mana kita genggam, sekuat mana kita cuba tahan, bila sampai masanya, Allah nak kita lepaskan, kita kena lepaskan. 

“Banyak hal yang kita tak boleh nak miliki dalam masa yang panjang sebab fitrah duniawi memang datang dan pergi. 

"Bila kita yakin yang Allah dah aturkan yang terbaik, maka kita reda dan ikhlaskan. Meski memakan banyak masa, tak mengapa. Asalkan kita ajar diri untuk bersikap lebih terbuka. 

"Kekecewaan dunia hanyalah sementara, sedangkan ada kebahagiaan lain yang Allah cuba simpan untuk kita. Jodoh yang lain, Allah simpan untuk kita. Apa yang kita perlukan sekarang, hati yang tenang dan bulatkan keyakinan sepenuhnya pada Allah.

"Semoga Allah hadirkan ketenangan dan kekuatan pada diri kita selalu," tulisnya. 

Coretan Puteri Sarah itu telah mendapat lebih dari 5,000 komen balas daripada netizen termasuk rakan-rakan selebriti.

Kebanyakan mereka memberikan kata-kata semangat untuknya agar dapat meneruskan kehidupan dengan tenang dan temui kebahagiaan yang baru.

Ada juga netizen yang sebak sehingga mengalirkan air mata membaca coretan itu kerana tersentuh dengan apa yang telah berlaku dalam rumahtangga Puteri Sarah angkara orang ketiga.

Terdahulu, selepas melalui dua prosiding mahkamah dan proses Jawatankuasa Pendamai, rumahtangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof gagal diselamatkan. Kedua-kedua mereka telah bertemu pada Ahad lalu untuk berbincang dan akhirnya menemui kata sepakat untuk mengakhiri segala sengketa dengan bercerai. 

Semoga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof temui kebahagiaan dalam perpisahan. Pasti ada hikmah dan ganjaran yang lebih besar menanti di atas setiap musibah yang berlaku. – Getaran, 11 April 2023.
 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Syamsul Yusof, Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bella Astillah Nekad Bercerai Dengan Aliff Aziz

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Syamsul Yusof Tarik Balik Saman Terhadap JAWI, MAIWP

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ini Jumlah Nafkah Yang Perlu Dibayar Oleh Syamsul Yusof Kepada Anak-Anaknya Dan Juga Bekas Isteri 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 52 minit yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN