web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Temui Kata Sepakat, Puteri Sarah Dan Syamsul Yusof Akhirnya Bakal Bercerai Pada 18 April Ini

Menurut Puteri Sarah, dia dan Syamsul telah bertemu malam semalam untuk berbincang dan akhirnya kedua-dua mereka menemui kata sepakat. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2023 1:00PM

Peguam Syarie, Akberdin Abdul Kader (kiri) dan Puteri Sarah Liyana. - Gambar Helmi Anuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kemelut yang melanda rumah tangga pengarah terkenal, Syamsul Yusof bersama isterinya iaitu Puteri Sarah Liyana akhirnya bakal menemui titik noktah apabila kedua-duanya telah mencapai kata sepakat untuk bercerai.

Kedua-dua mereka hadir di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini bagi mendengar keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP). Bagaimanapun JKP tersebut dianggap telah selesai kerana kedua-dua mereka telah menemui kata sepakat.

Menurut Puteri Sarah, dia telah bertemu dengan Syamsul pada malam semalam untuk berbincang dan akhirnya mereka telah sama-sama setuju untuk bercerai.

"Alhamdulillah, kami dah berjumpa dan berbincang tentang syarat dan apa yang saya nak, apa yang dia nak berkenaan anak-anak dan nafkah.

"Semalam kita telah selesaikan semuanya, Alhamdulillah berkat bulan Ramadan. Jadi hari ini semuanya dipermudahkan. Kita pun boleh 'move on' dengan kehidupan masing-masing dengan tenang," katanya ketika ditemui pihak media di perkarangan mahkamah. 

Puteri Sarah juga menzahirkan rasa syukur kerana akhirnya semua masalah yang membelenggu dirinya selama ini telah pun selesai dan dia tidak lagi perlu pening kepala memikirkan masalah rumah tangganya.

Sementara peguam syarie yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, tarikh untuk lafaz cerai telah ditetapkan pada 18 April depan.

"Selepas selesai proses lafaz cerai di mahkamah syariah, kita akan ke mahkamah tinggi untuk selesai isu hadanah (penjagaan anak)," katanya. - Getaran, 10 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 5 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN