web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Lakonkan Babak Perang, Saya Macam Kena PTSD” - Sara Ali

Kata Sara, berlakon dalam filem ini adalah pilihan yang tepat kerana sudah lama dia mengimpikan untuk terlibat dalam sebuah filem perang.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2022 7:58PM

Gambar Instagram Sara Ali

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Sara Ali mengakui seolah-olah mengalami gangguan Post-traumatic stress disorder (PTSD) selepas menjayakan beberapa watak perang menerusi filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa.

Pemilik nama sebenar Siti Sarah Hairi Ali itu merasakan penggambaran filem yang berlangsung selama dua bulan itu memberi kesan yang sangat mendalam berbanding beberapa drama dan filem lakonannya sebelum ini, apalagi setiap babak dilakonkan mengikut turutan.

“Saya akui jiwa saya bagai tertinggal di Air Force kerana penggambaran dilakukan mengikut babak dan tidak melompat.

“Habis sahaja penggambaran, saya rasa ada sesuatu yang lain, macam tengah hadapi PTSD. Seperti baru lepas keluar dari perang,” dedahnya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media pelancaran Air Force The Movie: Selagi Bernyawa baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, Sara turut mengalami ‘method acting’ iaitu kesan psikologi yang dialami oleh para pelakon apabila terlalu menjiwai sesuatu watak yang dibawanya. 

“Dalam tidak sedar, saya seolah-olah telah menjadi karakter yang saya lakonkan. Bila dah biasa tengok muka pelakon yang sama selama dua bulan dan tiba-tiba penggambaran tamat, saya tercari-cari mereka. 

“Rupanya inilah yang dipanggil method acting. Saya ambil masa yang lama untuk betul-betul pulih dan lepak bersama-sama kawan saya.

“Kadangkala, ketika tengah lepak dan jalani kehidupan saya yang normal, saya secara tak sengaja masih akan bercerita tentang pelakon saya di Air Force,” kata Sara.

Namun begitu, menurut Sara, pilihan dan keputusannya menyertai filem ini adalah pilihan yang tepat kerana sudah lama dia mengimpikan untuk terlibat dalam sebuah filem perang. 

“Sebenarnya dari dulu lagi, saya pernah cakap kepada diri sendiri yang satu hari nanti saya akan dapat berlakon filem aksi atau perang.

“Pernah satu ketika, saya dapat tawaran filem aksi, tapi saya tolak kerana saya tidak menyukai skripnya. Ketika itu ramai yang kata saya rugi besar tolak tawaran itu kerana ia akan menjadi sebuah filem yang ‘meletup’. 

“Namun, saya seorang yang percaya kepada kekuatan skrip. Sebulan selepas itu, saya dapat tawaran filem Air Force. Saya suka skripnya kerana ia nyata. Mereka pula memang inginkan saya yang berlakon. Jadi saya tidak melalui uji bakat,” katanya. 

Melakonkan filem yang memaparkan aset ketenteraan negara juga adalah sebuah penghormatan dan kebanggaan yang memberikan warna dalam karier lakonannya selama ini.

“Kita berlatih dengan aset ketenteraan yang nyata macam helikopter penggempur. Bayangkan, kalau cerita lain pengarah minta orang reverse kereta untuk tepati frame. Tapi cerita ini, mereka alihkah pesawat A400M untuk muat dalam frame. Memang teruja,” ulas Sara.

Filem Air Force yang menceritakan pengalaman yang dialami pasukan PASKAU (Pasukan Khas) Tentera Udara Diraja Malaysia dalam sebuah misi menyelamatkan skuad di Namburi, iaitu sebuah negara bergolak selepas pesawat mereka ditembak. 

Kapten Adib dan Mejar Adnan ditugaskan untuk menyelamatkan mereka semua hingga ke titisan darah yang terakhir. 

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa ini akan ditayangkan pada 25 Ogos ini. Antara pelakon lain yang turut menjayakan watak ini ialah Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Johan As’ari dan lain-lain. - Getaran, 20 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Bangkit Selepas Pandemik, Membuka Lembaran Merdeka Bermakna Buat Sara Ali

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Ulasan Filem 'Air Force': Filem Perang Di Bulan Kemerdekaan

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Industri Perfileman Negara Berpotensi Besar, Harus Disemarakkan - Annuar

4

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Tak Jumpa Lokasi, Penerbit Dedah Cabaran Hasilkan 'Hotel Cahaya Bulan'

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN