web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tak Jumpa Lokasi, Penerbit Dedah Cabaran Hasilkan 'Hotel Cahaya Bulan'

Kisah ini sepatutnya terjadi di sebuah hotel pulau terpencil yang jauh daripada kehidupan masyarakat.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2022 11:38AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa sangka penggambaran sebuah drama pembunuhan misteri, 'Hotel Cahaya Bulan' berdepan dengan cabaran apabila penerbitnya, Michael Chen mendedahkan mengalami masalah mencari lokasi bersesuaian latar cerita yang berlaku di sebuah pulau. 

Ketika penggambaran dimulakan, Perintah Kawalan Pergerakan baru sahaja diumumkan dan pihak produksi menjangkakan hotel akan kosong. Namun ternyata, PKP berlarutan lebih panjang dan hotel-hotel di Malaysia sudah penuh ditempah sepanjang tahun. 

Barisan pelakon 'Hotel Cahaya Bulan'.
Barisan pelakon 'Hotel Cahaya Bulan'.

“Kita ingatkan bila PKP, rakyat Malaysia akan duduk rumah, jadi hotel akan kosong. Rupa-rupanya hotel penuh sepanjang tahun sampaikan kita nak minta tajaan pun tak sempat. Mujurlah ada sebuah hotel di Port Dickson setuju nak taja. 

“Walaupun cerita ini sepatutnya berlaku di sebuah pulau terpencil, tapi hotel ini juga menawarkan lokasi menarik dan cantik,” kata Michael Che yang juga penerbit drama 'Hotel Cahaya Bulan' ketika satu majlis sidang media dalam talian baru-baru ini.

Antara babak santai di tepi pantai.
Antara babak santai di tepi pantai.

Bukan itu sahaja, pihak produksi dan hotel juga berbincang bagi memastikan keseluruhan penggambaran dijalankan dalam keadaan patuh standard operasi prosedur (SOP) yang ditetapkan kerajaan. 

“Antara hal lain yang kami ambil berat ialah bagaimana untuk memastikan proses penggambaran dijalankan mengikut SOP. Mujurlah pihak hotel banyak membantu untuk memudahkan urusan,” tambahnya lagi.

Ada empat pengarah yang terlibat untuk drama 8 episod ini iaitu Mien.Ly, Khairil M. Bahar, Gavin Yap dan Tony Pietra Arjuna. 

“Para pelakon menjalani sesi latihan dahulu sebelum pergi ke lokasi penggambaran. Kami sangat kagum dengan barisan pelakon yang kami pilih seperti Sara Ali, Riz Amin, Hana Nadira dan ramai lagi kerana mereka cepat beradaptasi dengan gaya pengarah yang berbeza namun masih mengekalkan tona dan karakter yang sama,” tambahnya. 

Bukan itu sahaja, Sara Ali yang juga merupakan pelakon bagi watak Ameera menyifatkan pengalaman berlakon dengan lebih daripada satu pengarah ternyata mengujakan. 

“Setiap pengarah mempunyai gaya dan teknik berbeza. Ada yang lebih kepada gaya teater dan ia bersesuaian dengan saya,” katanya.

Sara Ali membawakan watak Ameera.
Sara Ali membawakan watak Ameera.

'Hotel Cahaya Bulan' menceritakan misteri seorang novelis kisah pembunuhan, Tuan Osman lakonan Wan Hanafi Su yang ditemui mati. Bukan itu sahaja, hari demi hari ada sahaja mangsa baharu pembunuhan membuatkan Ameera lakonan Sara Ali merasakan ada hal yang tidak kena sedang terjadi di pulau itu.

Dia kemudian berusaha membongkar siapakah pembunuh bersiri yang berada di hotel tersebut. 

Drama lapan episod ini bakal ditayangkan di Astro SHAW pada Ogos nanti. Antara pelakon yang turut memeriahkan drama ini selain Sara Ali dan Wan Hanafi Su adalah Hana Nadira, Radhi Khalid, Ruzana Ibrahim dan Sharifah Amani.

Gambar: Astro SHAW

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

TARA 2 tahun yang lalu

Antara Pulau Perhentian Dan Pulau Redang, Mana Paling 'Best'?

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN