web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bangkit Selepas Pandemik, Membuka Lembaran Merdeka Bermakna Buat Sara Ali

Berlakon dalam filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa banyak mengubah cara pandang Sara terhadap rakyat yang sedang hidup di negara bergolak seperti Palestin dan Ukraine.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2022 8:00PM

Sara berasa syahdu dengan sambutan tahun ini mengenang bagaimana mencabarnya hidup dalam suasana pandemik sepanjang dua tahun. - Gambar fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menjelang hari kemerdekaan negara yang ke-65, pelakon Sara Ali merasakan ini adalah pembukaan lembaran baru kepada seluruh rakyat Malaysia setelah lama terkurung akibat pandemik.

Sara yang juga pelakon dalam filem bergenre aksi ketenteraan, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa merasakan setiap rakyat Malaysia perlu menghargai keamanan yang kita miliki hari ini berbanding negara lain yang sedang bergolak.

“Berlakon dalam Air Force telah banyak mengubah cara pandang saya terhadap rakyat yang sedang hidup di negara bergolak seperti Palestin dan Ukraine.

“Ia melahirkan empati, dan rasa syukur kerana Malaysia tidak pernah berhadapan dengan situasi segenting itu,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Bukan itu sahaja, secara peribadi, pelakon yang berasal dari Batu Pahat itu juga berasa syahdu dengan sambutan tahun ini mengenang bagaimana mencabarnya hidup dalam suasana pandemik sepanjang dua tahun.

“Kita macam dilahirkan semula. Kita diberi peluang untuk bangkit dan memulakan kembali kehidupan ini.

“Saya akui, saya bukan muda lagi. Ada banyak perkara yang telah saya lakukan sebelum pandemik. Semua itu saya jadikan sebagai pengajaran. Kini, selepas diberi peluang untuk meneruskan hidup, saya berubah menjadi lebih matang,” jelasnya.

Terdahulu, Sara memegang watak sebagai Natrah yang bertanggungjawab menyampaikan berita dan cara pasukan tentera kita di wilayah bergolak di Namburi.

“Niat saya cumalah satu iaitu supaya penonton akan tergerak hati untuk bangkit semula dalam hidup walaupun cuma satu persen.

“Semoga penonton dapat merasai keikhlasan saya dan kru yang terlibat semasa menjayakan filem ini. Semuanya sudah kami berikan.

“Semoga seluruh rakyat Malaysia dapat menerimanya,” katanya menutup temu ramah.

Filem Air Force: Selagi Bernyawa telah mencatat kutipan sebanyak RM8 juta selepas empat hari tayangan.

Ia juga akan ditayangkan di beberapa negara iaitu Korea, Jepun, dan Taiwan. - Getaran, 31 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Laungan Keramat 'Merdeka' Kembali Bergema Di Banda Hilir Selepas 68 Tahun

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Iklan Terbaik Sempena Hari Kebangsaan 2023, Sarat Mesej Bermakna Untuk Penonton

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Cari Pengisian, Makna Sebenar Merdeka Atas Diri Sendiri Cabaran Utama - Mujahid

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Program EMRKL Perlu Diteruskan Pada Hari Kebangsaan Akan Datang - Hannah  

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN