web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Tak Curang Dengan Ellie Suriaty – Azri Iskandar 

Azri juga memberitahu dia mengenali Azra Diera selepas bercerai dengan Ellie Suriaty pada 17 Mei lalu dan mengakui  sudah move on dengan kehidupannya. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2022 1:55PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aktor berpengalaman Azri Iskandar menafikan dia telah menjalinkan hubungan dengan wanita bernama Azra Diera Abdul Hamid, seorang komposer, penulis skrip dan novelis sebelum melafazkan cerai talak satu terhada Ellie Suriaty Omar pada 17 Mei lalu. 

“Saya tak curang dengan Ellie. Saya mula kenal Azra pada 29 Mei iaitu lepas cerai dengan Ellie. Bukan sebelum bercerai. 

“Sebelum ini, saya tidak pernah tahu pun tentang Azra. Beberapa hari sebelum mengenalinya, kami ada berhubungan di dalam Whatsapp tentang urusan kerja.

“Urusan kerja itu adalah untuk sebuah projek drama bersiri yang bakal saya jayakan tidak lama lagi dan Azra adalah penulis skripnya. 

“Saya menghubungi Azra kerana memerlukan penjelasan tentang karektor yang bakal saya bawakan dalam drama tersebut. 

“Tetapi, saya tidak sangka pula selepas bercakap dengan dia, saya jadi suka pula pada dia dan teringatkan dia,” katanya sewaktu dihubungi Getaran. 

Azri diwawancara setelah menerima kecaman netizen yang mendakwa dia telah mencurangi Ellie susulan daripada laporan berita dia bakal mengahwini Azra dan bercadang untuk menghantar rombong merisik untuk meminang wanita itu sebelum 23 Jun ini. 

Gambar fail
Gambar fail

“Saya tidak sangka pula bila keluarnya berita yang saya nak kahwin dengan dia itu, orang anggap itu punca saya cerai dengan Ellie. 

“Padahal, sebelum cerai, saya tiada hubungan dengan mana-mana wanita pun. Punca kami cerai juga tiada kaitan dengan isu curang. 

“Saya terpaksa jelaskan hal ini. Sebab saya tidak mahu berlaku salah faham. Tak pasal-pasal dia (Azra) juga terkait dalam hal ini. 

“Saya bimbang disebabkan persepsi tidak benar ini, keluarga Azra juga akan salah faham. Saya sendiri pun belum lagi berjumpa dengan bapa dan keluarganya di Perlis. 

“Macam yang saya katakan awal tadi, saya mula kenal dia (Azra) pada 29 Mei dan itu memang benar,” katanya lagi.

Tentang komen netizen yang mengatakan bahawa dia tidak menghormati tempoh edah Ellie dan mudah mencari pengganti, Azri berkata: “Saya sudah move on dan tempoh edah itu sebetulnya lebih kepada perempuan. 

“Saya memang tak mahu lagi fikir apa-apa. Saya hanya mahu jalan ke depan dan sejak kebelakangan ini, saya sudah kembali dapat semula keghairahan untuk bekerja.

“Fikiran saya lapang. Saya makin fokus dan seronok untuk bekerja,” katanya. - Getaran, 9 Jun 2022

Gambar: Facebook Azri Iskandar & Azra Diera


 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Curang 11 Kali, Termasuk Dengan Adiknya

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bella Astillah Nekad Bercerai Dengan Aliff Aziz

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz