web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Saya Mengaku Silap, Kita Hamba Yang Lemah” - Aweera

Namanya pernah dilonjak sehingga ke puncak, tetapi kekhilafan diri menyebabkan namanya sepi. Namun kini Aweera bangkit dan sedar dari kesilapan lalu.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2022 1:47PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Aweera mengakui dia pernah melakukan kesilapan dalam kariernya sebelum ini sehingga menyebabkan namanya sepi sementara dalam bidang seni. 

Namun sinar baharu kembali menerangi perjalanan seninya apabila Aweera terpilih menjadi salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Ditanya perjalanan seninya selepas menyertai GV8, Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Norhissam, 31, tidak menafikan dia kini kian matang mengatur perjalanan seni. 

“Sebelum ini, macam-macam isu yang pernah saya telan. Saya ambilnya sebagai pengajaran. Saya tidak menyalahkan sesiapa. Saya salahkan diri sendiri. Ketika itu masih muda dan saya belajar. Insya-Allah semuanya akan lebih baik. 

“Senang cerita ini ‘the new Aweera’, doakan sayalah. Saya mengaku silap, kita hamba yang lemah. Saya pernah berada di atas sebelum ini. Apa yang berlaku banyak mengajar, beri pengajaran,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Jennaira Holdings Sdn Bhd x Arviena di Petaling Jaya.

Ditanya soal lagu terbaharu, anak kelahiran Perlis ini mengakui dia seorang yang sangat cerewet dalam soal pemilihan lagu dan lirik demi memastikan naskhah yang dikeluarkan kekal relevan dalam tempoh lama dan bersifat malar segar.

“Macam contoh, lagu 'Isabella'. Kalau dengar rasa macam baru semalam dilancarkan. Saya nak begitu. Kalau penyanyi lain mahu ketengahkan benda yang viral, itu terpulanglah. Itu hak masing-masing. 

“Cuma bagi saya, saya lebih pentingkan naskhah yang ‘masterpiece’, maksudnya mungkin dalam tempoh 20, 30 tahun lagi orang tetap akan ingat lagu kita. Itu yang saya mahu,” katanya. 

Aweera bakal melancarkan single baharu, ‘Menakluk Hatimu’ ciptaaan Tam Spider dan liriknya ditulis Keon, Julai depan.

Kali terakhir Aweera muncul dengan lagu 'Wanita Cinta Teragung', lebih enam tahun lalu. 

Sementara itu Aweera mengakui dia bersyukur kerana selepas tamat GV8, tawaran nyanyian sentiasa ada buatnya. Malah dia gembira dapat menghiburkan lebih 700 anak yatim dan pelajar tahfiz di majlis Rumah Terbuka Jennaira Holdings.

Gambar ihsan Jennaira Holdings
Gambar ihsan Jennaira Holdings

Jennaira Holding yang diusahakan Datin Seri Azlina Hanim dan suami, mempunyai beberapa rangkaian bisnes lain seperti minuman, makanan, aiskrim yogurt, produk kesihatan serta beberapa perniagaan lain.

Menariknya, kata Azlina, sebahagian daripada penjualan tudung syarikatnya mahupun produk yang lain adalah penyumbang kepada majlis Rumah Terbuka yang dianjurkan bagi meraikan anak-anak yatim dan pelajar tahfiz.

“Tudung Jennaira bersama dutanya, Arviena masih dikira baharu dan alhamdulillah setakat ini sambutan yang diterima secara dalam talian cukup positif. 

“Kami keluarkan tudung ini secara tiga peringkat menerusi 10 corak dan konsep berbeza. Ia menggunakan fabrik satin, ada bawal dan juga shawl. Harganya mampu milik, dan ia juga turut dipasarkan di Indonesia. 

“Setiap keluaran itu terhad. Kena ‘pre-order’, jadi ia lebih eksklusif dan insya-Allah, koleksi baharu akan dilancarkan bersempena Hari Raya Haji nanti,” katanya yang turut optimis mengeluarkan telekung tidak lama lagi. 

Percaya rezeki lebih bermakna bila dikongsi, Azlina berterima kasih kepada semua pihak yang sudi bersama-sama menjayakan rumah terbukanya tahun ini. 

“Kita jemput lebih 700 anak tahfiz dan anak yatim untuk sama-sama meraikan Hari Raya. Malah ketika sambutan hari jadi suami dan buka puasa sebelum ini, kami turut jemput mereka. Sudah jadi satu tradisi bagi kami di Jennaira Holding. - Getaran, 7 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Adab Menyambut Hari Raya, 15 Kesilapan Yang Perlu Dielakkan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Lelaki Bunuh Rakan Senegara Direman 7 Hari

3

TARA 3 tahun yang lalu

Karan Johar Akhirnya Mengaku Malu Tak Dapat Undangan Ke Majlis Kahwin Katrina Kaif-Vicky Kaushal

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Tangani Isu Pembuatan Dasar Lemah, Kerap Ubah Dasar - Guan Eng 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN