web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tangani Isu Pembuatan Dasar Lemah, Kerap Ubah Dasar - Guan Eng 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2022 6:50PM

Lim Guan Eng - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menangani beberapa isu seperti pembuatan dasar yang lemah serta kekerapan perubahan dasar dalam menangani peningkatan kos sara hidup dan tekanan inflasi.

Mantan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, turut perlu diatasi adalah masalah kekurangan buruh yang teruk dan defisit kepercayaan buruk berhubung kecekapan menteri.  

"Dasar monetari proaktif semasa kerajaan untuk mengawal kemerosotan nilai ringgit berbanding mata wang lain akan gagal dengan semua isu tersebut.

"Melainkan ia ditangani, ringgit akan terus merosot tanpa mengira betapa proaktifnya dasar monetari kita," katanya hari ini.

Guan Eng yang juga Pengerusi DAP memberitahu, ringgit susut lebih rendah kepada RM4.48 kepada dolar Amerika Syarikat (AS) dan dijangka mencecah halangan psikologi RM4.50 tidak lama lagi. 

Tambah beliau, ringgit yang lemah akan memburukkan lagi tekanan inflasi dalam negara dengan meningkatkan jumlah hutang asing yang perlu dibayar Malaysia, kos makanan, tenaga, barangan dan perkhidmatan diimport, sekali gus meningkatkan lagi kos sara hidup rakyat.

"Bagaimanapun, ringgit bukan sahaja telah merosot berbanding dolar AS setakat tahun ini (YTD) sebanyak 7.5 peratus. YTD ringgit telah merosot berbanding dolar Singapura sebanyak 4.2 peratus dan rupiah Indonesia sebanyak 3.1 peratus. 

"Ringgit kekal hampir tidak berubah YTD berbanding baht Thailand (+0.2 peratus) dan yuan China (-0.2 peratus)," katanya lagi.

Memandangkan semua negara terlibat adalah rakan dagangan utama negara, Guan Eng memberitahu, pelabur melihat Malaysia menunjukkan prestasi yang lebih teruk bukan sahaja berbanding AS tetapi juga negara jiran seperti Indonesia dan Singapura. 

"Tindakan kerajaan memperkecilkan penurunan nilai ringgit kita dan menganggapnya sebagai kitaran disebabkan oleh kenaikan kadar faedah di AS, perang di Ukraine atau perintah kawalan COVID-19 di China, adalah seperti menafikan kenyataan untuk menutup kelemahan mereka dalam tadbir urus yang baik," katanya. - Getaran, 20 Ogos 2022


 

Berita Berkaitan

1

Politik 7 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

4

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad