web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Karan Johar Akhirnya Mengaku Malu Tak Dapat Undangan Ke Majlis Kahwin Katrina Kaif-Vicky Kaushal

Karan juga memberitahu bahawa kebanyakan kisah cinta Bollywood ini yang berakhir dengan perkahwinan bermula di meja kopinya.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2022 7:06PM

Karan Johar - Gambar Instagram Karan Johar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aktres Katrina Kaif dengan aktor Vicky Kaushal telah pun melangsungkan perkahwinan di kubu menara diraja di Rajasthan pada 9 Disember lalu. 

Namun, sehingga saat ini, masih ada yang bertanyakan kepada penerbit, pengarah dan pengacara, Karan Johar, mengapa dia tidak diundang untuk menghadiri majlis perkahwinan pasangan selebriti itu. 

Bahkan, ada yang bertanya Karan, apakah hubungannya dengan Katrina dan Vicky bermasalah dan menjadi punca dia tidak diundang? Ada juga yang melahirkan rasa simpati terhadap dirinya. 

Dek sering mendapat pertanyaan ini, Karan menerusi program bual bicara popularnya iaitu 'Koffee With Karan' yang sudah pun memasuki musim ketujuh memberitahu, bahawa dia sangat malu apabila dia tidak diundang hadir ke majlis perkahwinan tersebut. 

“Sukar bagi saya menjawab, setiap kali diajukan pertanyaan sebegini kerana Katrina pernah memberitahu di dalam program ini bahawa dia nampak sesuai bersama Vicky di dalam skrin dan waktu itu mereka masih belum menjalinkan hubungan lagi. 

“Kebanyakan kisah cinta Bollywood ini yang berakhir dengan perkahwinan bermula di meja kopi ini,” katanya. 

Lebih memalukan, kata Karan apabila ada yang menganggap saya hadir di perkahwinan tersebut tetapi sengaja tidak menguar-uarkannya. 

“Ia membuatkan saya malu untuk mengakui bahawa saya tidak dijemput,” katanya. 

Namun, apabila Karan mendapat tahu bahawa pengarah filem seperti Anurag Kashyap juga tidak diundang, ia membuatkan dirinya berasa lega. 

Karan juga baru-baru ini telah mengundang ramai pempengaruh media sosial seperti Kusha Kapila, Tanmay Bhat, Danish Sait and Niharika NM menjadi juri dalam anugerah Kofee With Karan. – Getaran, 1 Oktober 2022

Isu Pada

Takdir Bertemu - Nabila Razali & Keisya Levronka

01 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Majlis Resepsi Erra Fazira, Ezwan Berlangsung Meriah, Erra Buat Sendiri Cenderahati Untuk Tetamu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

3

Seni & Hiburan 2 tahun yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shakila Khoriri Kembali Bergelar Isteri

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh