Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Adab Menyambut Hari Raya, 15 Kesilapan Yang Perlu Dielakkan

Jangan biarkan segala amalan di bulan Ramadan terhapus begitu sahaja dek nafsu dan kekhilafan yang boleh dielakkan.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2023 8:09AM

Dalam keterujaan untuk menyambut Syawal, janganlah kita leka dan terlupa dengan adab-abad untuk meraikan Aidilfitri - Gambar Hiasan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cukup sebulan berpuasa, kini tiba masanya untuk kita meraikan Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda kemenangan berjaya mengharungi ujian dan cabaran sepanjang bulan Ramadan. 

Dalam keterujaan untuk menyambut Syawal, janganlah kita leka dan terlupa dengan adab-abad untuk meraikan Aidilfitri. 

Jangan sesekali melakukan perkara yang bertentangan dengan agama, biarpun hati bersorak gembira. Jangan biarkan segala amalan di bulan Ramadan terhapus begitu sahaja dek nafsu dan kekhilafan yang boleh dielakkan. 

Memetik perkongsian laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, berikut adalah adab-adab untuk menyambut hari raya:-

Sunat untuk mandi, memakai bau-bauan dan memakai pakaian yang baru pada hari perayaan ini - Gambar Hiasan
Sunat untuk mandi, memakai bau-bauan dan memakai pakaian yang baru pada hari perayaan ini - Gambar Hiasan

1) Mandi, memakai bau-bauan dan memakai pakaian yang baru. Sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi SAW dan para sahabatnya iaitu Ibn Umar dan Ali bin Abi Thalib dan lain-lain. Said bin al-Musayyib berkata: “Sunat-sunat hari raya ada tiga: “Berjalan ke tempat solat, makan sebelum keluar dan mandi.”

2) Sunat keluar awal ke masjid pada pagi hari raya. Bagi imam solat hari raya, sunat datang akhir iaitu ketika hendak memulakan solat hari raya sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Sunat makan sedikit makanan sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri, manakala Aidiladha pula tidak disunatkan makan dan minum sehingga selesai solat.

Sunat pergi ke masjid dengan berjalan kaki dan balik semula melalui jalan yang lain. Hal ini berdasarkan hadis, daripada jabir R.A, katanya:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيْدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ

Maksudnya: “Nabi SAW melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan balik pada hari raya.” - Riwayat al-Bukhari (943)

Sunat makan sedikit makanan sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri - Gambar Hiasan
Sunat makan sedikit makanan sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri - Gambar Hiasan

3) Sunat saling mengucapkan tahniah dan doa antara satu sama lain. Hal ini berdasarkan hadis Wasilah yang diriwayatkan oleh al-Bukhari. Aku bertemu Rasulullah SAW pada pagi hari raya, seraya mengucapkan kepada Baginda: تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ (semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu), lalu Baginda menjawab: Ya, تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ (semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu).

Selepas matahari terbit, makruh bagi imam mendirikan solat sunat sebelum solat hari raya, manakala tidak makruh bagi orang lain melakukannya. Hal ini berdasarkan hadis, daripada Ibn Abbas R.Anhuma:

أَنَّ النَّبِىَّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم خَرَجَ يَوْمَ الْفِطْرِ، فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهُمَا وَلَا بَعْدَهُمَا

Maksudnya: “Nabi SAW keluar pada hari Aidilfitri, lalu Baginda bersolat hari raya sebanyak dua rakaat dan tidak melakukan solat yang lain sama ada sebelum atau selepasnya.” - Riwayat al-Bukhari (945)

 

Kesilapan Adab Pada Hari Raya

Berikut adalah beberapa kesilapan adab yang menyalahi sunnah Rasulullah SAW ketika kita rancak menyambut hari raya. Antara adab tersebut ialah:

1) Tidak melakukan solat hari raya dan tidak pergi ke tempat solat, sebaliknya hanya berada di rumah.

2) Banyak menonton rancangan televisyen sehingga tiada dalam kamus untuk menziarahi sanak saudara. 

Janganlah banyak menonton rancangan televisyen sehingga tiada dalam kamus untuk menziarahi sanak saudara - Gambar Hiasan
Janganlah banyak menonton rancangan televisyen sehingga tiada dalam kamus untuk menziarahi sanak saudara - Gambar Hiasan

3) Tidak menutup aurat atau berpakaian yang menjolok mata tanpa mengikut syariat Islam.

4) Memasang lagu-lagu dan nyanyian hari raya yang kurang sopan dan berlebih-lebihan dalam berhibur atas nama hari raya sehingga boleh melalaikan. Lebih baik digantikan dengan alunan zikir, nasyid dan nyanyian sopan yang tidak keterlaluan.

5) Pergi beraya di rumah rakan-rakan dalam tempoh masa yang amat panjang sehingga mengganggu tuan rumah.

6) Mengkritik makanan yang dihidangkan atau membandingkan kelazatan makanan antara satu rumah dengan rumah yang lain.

7) Meminta duit secara berlebih-lebihan sehingga perasaan tuan rumah tertekan dan tidak selesa.

8) Bersalam-salaman antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram atau berkumpul setempat sehingga timbul perasaan kurang selesa pada golongan yang beragama.

Janganlah meminta duit secara berlebih-lebihan sehingga perasaan tuan rumah tertekan dan tidak selesa - Gambar Hiasan
Janganlah meminta duit secara berlebih-lebihan sehingga perasaan tuan rumah tertekan dan tidak selesa - Gambar Hiasan

9) Pergi beraya di rumah seseorang sehingga lupa untuk menunaikan solat fardhu dan melambatkan solat pada waktunya.

10) Lupa menziarahi golongan fakir miskin dan anak yatim, tetapi matlamatnya lebih kepada rumah bangsawan dan hartawan.

11) Merayakan hari raya sehingga sebulan dan tidak lagi mampu untuk menunaikan puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal.

12) Kurang bersedekah dan memberi bantuan kepada fakir miskin, anak yatim serta mereka yang berada dalam kedaifan.

13) Berlebih-lebihan dalam berpakaian sehingga menampakkan kemewahan yang melampau hingga membawa perasaan takbur, riak dan sombong.

14) Berkumpul secara beramai-ramai tanpa faedah dan tidak menghiraukan orang lain.

15) Terlupa untuk menziarahi pesakit di hospital atau mereka yang mengharapkan bantuan sebaliknya kita menyibukkan diri dengan kegembiraan yang melampau bersama rakan taulan yang sihat. - Getaran, 22 April 2023 

Isu Pada

Muzik Motivasi Saya - Ismail Izzani

22 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 9 bulan yang lalu

Calon Diminta Jaga Adab, Tutur Kata Ketika Kempen

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Jangka 2 Juta Kenderaan Sempena Aidiladha, PLUS Aktif SmartLane Di 5 Lokasi

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Jaga Adab, Akhlak Ketika Di Jalan Raya - Mohd Na’im

4

Semasa 11 bulan yang lalu

PM Mahu Badan Penguat Kuasa Tingkat Prestasi, Laksana Anjakan Tatakelola

Sorotan

1

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

2

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

3

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

4

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

5

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

6

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

7

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja