web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Bunuh Rakan Senegara Direman 7 Hari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 7:35PM

Semalam, Getaran melaporkan misteri kehilangan seorang lelaki warganegara India sejak hampir setahun lalu, terbongkar apabila disyaki menjadi mangsa bunuh rakan senegaranya pada Mei tahun lalu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suspek lelaki warganegara India yang dipercayai membunuh dan menanam mayat rakan senegaranya di belakang sebuah banglo di Subang Jaya, selepas hubungan sulitnya dengan isteri mangsa terbongkar, direman seminggu.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek berusia 30 tahun itu ditahan bersama kekasihnya yang juga isteri mangsa, semalam.

Katanya, pasangan kekasih warganegara India berkenaan sebelum ini sudah pun ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pasport.

“Bagaimanapun, kedua-dua mereka ditahan semula semalam selepas lelaki terbabit mengaku terlibat dalam kes pembunuhan berkenaan.

“Kedua-dua suspek itu direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 11 Februari nanti untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya hari ini. 

Mengulas lanjut, Wan Azlan berkata, tiga wanita termasuk seorang warganegara Indonesia yang ditahan kelmarin berhubung kes sama, disambung reman dua hari sehingga esok.

“Selepas ditahan kelmarin, mahkamah membenarkan tiga wanita berkenaan direman selama dua hari sehingga hari ini. Justeru, kita mohon untuk sambung reman mereka hari ini untuk siasatan lanjut. 

“Setakat ini, kita sudah merakam keterangan tiga orang awam bagi membantu siasatan dan tiada tangkapan baru dibuat sehingga kini. 

“Proses bedah siasat terhadap mayat mangsa akan dibuat Rabu ini (8 Februari),” katanya. 

Semalam, Getaran melaporkan misteri kehilangan seorang lelaki warganegara India sejak hampir setahun lalu, terbongkar apabila disyaki menjadi mangsa bunuh rakan senegaranya pada Mei tahun lalu.

Mangsa dipercayai dibunuh sebelum mayatnya ditanam di lereng bukit belakang sebuah rumah banglo di Subang Jaya.

Wan Azlan berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada orang awam berkaitan pengakuan lelaki tersebut yang mengaku membunuh dan menanam mayat mangsa.

Susulan itu, katanya, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Ampang Jaya, menjalankan soal siasat terhadap suspek.

“Suspek kemudian menunjukkan lokasi kejadian mangsa berusia 25 tahun terbabit dibunuh pada Mei tahun lalu, iaitu di lereng bukit di belakang sebuah banglo di Subang Jaya.

“Kejadian bunuh itu berlaku di banglo berkenaan yang dijadikan sebagai pusat jagaan orang tua, dengan mangsa dipercayai dikelar di leher menggunakan pisau,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. - Getaran, 5 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Suspek Kes Bunuh Nurfisya Kembali Ke Mahkamah, Tempoh Reman Dilanjut

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Dakwaan Rasuah: Shamsul Iskandar, Tei Direman 6 Hari 

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Kes Bunuh 2 Beranak: 3 Lelaki Nepal Direman 7 Hari

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 34 minit yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar