web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Erna Elliyana Pernah Putus Asa Dalam Bidang Seni, Kini Fokus Bisnes

Pernah popular waktu zaman kanak-kanak dan remajanya, penyanyi dan pelakon Erna Elliyana akui pernah ditindas satu ketika dulu dan kini selesa menguruskan perniagaan sendiri.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2022 8:02PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernah menempa populariti sewaktu zaman kanak-kanak dan remajanya, selebriti serba boleh Erna Elliyana, 33, mengakui rindu akan kerjaya seninya.

Erna pernah popular dengan filem Suami Isteri Dan … serta pernah menyertai pertandingan nyanyian Sinaran Passport Kegemilangan dan One In A Million sewaktu zaman remajanya. 

Menurut Erna, bukan dia tidak mahu meneruskan kerjaya dalam bidang seni terutamanya nyanyian, tetapi percaturannya dalam bidang yang dicintainya ini seakan tidak menjadi. 

“Kalau tanya saya, memang saya minat menyanyi. Tetapi ada satu masa saya rasa macam putus asa. Saya cakap dengan diri saya adakah ini dunia yang saya mahukan? Adakah ini pendapatan yang saya mahukan? Masa itu saya dapat rasakan ‘struggle’ sebagai seorang penyanyi. Tambahan pula saya pernah ditipu tidak dapat bayaran,” katanya ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Alpha Raya yang berlangsung di Subang. 

Tambahnya lagi, selepas tamat belajar di UiTM, dia terus merancang untuk memulakan perniagaan sendiri.

“Saya rasa macam tertindas bila saya jadi penyanyi. Sebab itu saya ambil keputusan untuk berniaga. Soalan kenapa tidak mahu teruskan kerjaya nyanyian ni sering ditanyakan kepada saya. Datin Alyah pun selalu tanya kenapa saya tak mahu menyanyi lagi. Mungkin sudah aturan Allah rezeki saya bukan dalam bidang nyanyian tetapi dalam bidang perniagaan.

Bagaimanapun Erna berkata, sekiranya punya ruang masa untuk kembali aktif, penglibatannya dalam dunia hiburan tidaklah serius, sebaliknya hanya untuk projek istimewa.

"Kalau buat lagu sekali pun selepas ini, ia hanyalah untuk penuhi minat. Tidaklah untuk meletakkan harapan sebagaimana sebelum ini. Begitu juga dengan lakonan meski ada di antara ahli keluarga pun terlibat secara langsung dalam dunia hiburan," katanya.

Kini Erna komited memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap perniagaannya iaitu produk kesihatan dan kecantikan Kamya Glow yang baru sahaja meraikan ulang tahun yang pertama.

"Bila menonton video ulang tahun pertama kami, saya terbayang perjalanan Kamya Glow. Daripada awal sehingga sekarang, rupanya sudah banyak yang dilakukan dalam usaha memperkenalkan jenama ini. Saya bersyukur, puas hati dan berbangga dengan pencapaiannya.

"Kalau nak diikutkan, Kamya Glow masih lagi 'bertatih' dalam industri lingkungannya, akan tetapi kami tidak bersaing dengan produk kesihatan dan gaya hidup sedia ada. Sebaliknya, saingan kami adalah diri sendiri. Kami hanya mahukan yang terbaik dari semasa ke semasa. Sebab saya percaya, siapa yang laju dialah yang akan maju,” katanya.

Malah, Erna pada masa sama optimis meneruskan legasi Kamya Glow menerusi beberapa projek terbaharu meski pada peringkat awal pelancaran, mereka berdepan kekangan susulan penularan Covid-19.

"InsyaAllah dalam beberapa bulan yang akan datang, kami akan mengeluarkannya dalam bentuk tablet dan kolaborasi bersama dalam kosmetik serta penjagaan rambut. Usaha ini dilakukan bagi memperkukuh seterusnya memperkenalkan jenama ini kepada lebih ramai pengguna di luar sana.

"Kami banyak lakukan strategi menerusi media sosial bersama Remy Ishak (bekas duta) ketika itu dan terbaru Datin Alyah serta beberapa wajah wakilan lain,” katanya.

Erna bersama Kamya Glow turut menerima anugerah The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award bagi kategori Health And Beauty menerusi Kamya Glow, Mac lalu. - Getaran, 6 Jun 2022.

Gambar: Instagram Erna & PR Kamya Glow

Berita Berkaitan

1

Usahawan 2 bulan yang lalu

Capal Jago Kepala Batas: Warisan 6 Dekad Jadi Pilihan PM

2

Usahawan 1 tahun yang lalu

Kedai Kopi Jalan Ampas Imbau Nostalgia Filem Melayu Lama

3

Usahawan 2 tahun yang lalu

Pengusaha Harumanis Tak Menang Tangan Penuhi Permintaan Pelanggan

4

Usahawan 2 tahun yang lalu

Peniaga Nasi Kukus Raih Jualan RM14,000 Sebulan Selepas Sertai Program IPR

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN