web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Perlu Giat Promosi Usahawan Tempatan Tembusi Pasaran Halal Global - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2023 4:30PM

Ahmad Zahid (kanan) bersama Ewon Benedick melihat bukPelan Pemformalan Usahawan Informal Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada majlis pelancaran pelan tersebut di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia perlu berada di barisan paling hadapan dalam mempromosi usahawan tempatan agar mereka mampu menembusi pasaran industri halal global yang dijangka mencecah US$5 trilion menjelang 2030.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usahawan Malaysia perlu keluar daripada kepompong pasaran domestik dengan menyasarkan pasaran lebih besar di luar negara dan tidak menghasilkan produk hanya untuk penggunaan tempatan sahaja.

“Jangan hanya ini (industri usahawan) menjadi subsistence ekonomi atau ekonomi saradiri. Lihat pasaran yang lebih besar seperti China dan India yang (masing-masing) mempunyai penduduk lebih satu bilion dan bantu kukuhkan ekonomi negara,” katanya ketika berucap melancarkan Pelan Pemformalan Usahawan Informal, di sini, hari ini, yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick. 

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pada  masa ini Malaysia hanya menyumbang kurang dua peratus kepada industri pasaran halal global yang bernilai US$3 trilion pada 2021.

Mengenai pelan yang dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu, beliau berkata, ia merupakan usaha bagi mendaftarkan usahawan mikro kecil dan sederhana untuk memastikan pembiayaan, bimbingan, pemantauan dan tindakan susulan dapat dilakukan.  

Menurutnya, pelan berkenaan akan memberikan impak bermakna dalam usaha mendaftarkan perniagaan di Malaysia serta menggalakkan lebih ramai rakyat untuk memilih keusahawanan sebagai kerjaya.

“Ini agar keusahawanan  bukan (setakat) kerja sambilan tapi kerjaya formal sepenuh masa,” katanya. 

Ahmad Zahid berkata antara strategi dan inisiatif yang digariskan di bawah pelan tersebut termasuklah memberi perlindungan undang-undang serta akses kepada jaringan keselamatan sosial yang sewajarnya terutamanya dalam tempoh krisis.

Sementara itu Ewon dalam ucapannya berkata pelan yang dibangunkan oleh kementeriannya itu dilihat berupaya melonjakkan kembali prestasi perniagaan pasca pandemik COVID-19 dan secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS).

“Melalui enam strategi yang disokong oleh 20 inisiatif, pelan ini menggalakkan usahawan informal mendaftarkan perniagaan secara sukarela sekali gus mendidik usahawan agar lebih beretika dan berintegriti tinggi dalam menjalankan operasi perniagaan,” katanya.

Beliau berkata, usahawan informal terdiri daripada individu atau kumpulan yang menjalankan aktiviti perniagaan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mana-mana badan yang sama taraf dengannya seperti badan profesional atau pejabat daerah di Malaysia Timur. 

“Bagi memformalkan perniagaan, usahawan perlu mendaftarkan peniagaan mereka dengan SSM dan memperoleh pelesenan yang diperlukan bagi operasi perniagaan,” kata Ewon. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 33 minit yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad