Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


K-Drama Jadi Inspirasi Hasilkan ‘IdaOn Sos Korea’

Usahawan Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2024 2:48PM

On Isa dan isterinya bersama sos korea buatan syarikat mereka - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bermula dengan menonton drama Korea (K-Drama) tercetusnya idea untuk menghasilkan sos Korea halal 'IdaOn Sos Korea' yang diubah suai mengikut cita rasa Malaysia.

On Isa, 54, pemilik IdaOn Trading berkata idea timbul ketika menonton drama bersiri Itaewon Class yang mengisahkan seorang anak muda membuka restoran dan menghadapi pelbagai halangan menguruskan perniagaannya.

"Sepanjang menonton drama itu banyak motivasi, inspirasi dan idea tercetus memandangkan perniagaan dalam drama itu mirip dengan perjalanan perniagaan saya dalam menghasilkan pelbagai sos," katanya ketika ditemui Bernama di kilang miliknya di Taman Salak Jaya, di sini.

On yang pernah mengusahakan restoran sebelum ini membuat keputusan bertukar angin pada 2018 dengan mengusahakan pelbagai produk termasuk sos cili, cuka, sos tiram, sos cili hijau bersama isteri dan dua anaknya yang berusia 24 dan 22 tahun.

Katanya, sos Korea dengan nama 'IdaOn Sos Korea iaitu gabungan namanya dan isteri itu dibuat dua minggu sekali dan sebanyak 200 hingga 300 botol dihasilkan untuk setiap kali pengeluaran bagi memenuhi tempahan yang dibuat secara dalam talian di platform e-dagang.

"Alhamdulillah setelah hampir tiga tahun sos Korea berada di pasaran kecil, lebih 10,000 sudah terjual. Mungkin margin ini tidaklah tinggi kerana proses pengeluaran hanya dilaksanakan oleh saya, isteri dan dua orang anak kami sahaja, jadi penghasilan agak terhad," katanya.

On percaya sos Korea yang dihasilkan mampu menguasai pasaran kerana tidak banyak perasa makanan itu dihasilkan dalam negara adalah halal berikutan untuk membuat sos Korea yang sebenar memerlukan proses fermentasi bertahun-tahun.

Proses memilih cili sebelum sos dihasilkan - gambar BERNAMA
Proses memilih cili sebelum sos dihasilkan - gambar BERNAMA

Namun katanya, sos buatan beliau dilakukan dalam suatu tempoh dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan mempunyai logo daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

"Sehingga kini kami mempunyai pelanggan dari setiap negeri...di awal pengeluaran, sos ini mendapat sambutan daripada negeri-negeri di pantai timur dan sekarang pasaran telah memasuki kawasan utara tanah air dan dalam masa sama permintaan dari negeri-negeri di selatan, barat, Sabah serta Sarawak terus meningkat.

"Setakat ini pembelian sos banyak dibuat oleh peniaga kecil yang saya percaya mereka gunakan bahan tersebut untuk menghasilkan ayam goreng Korea yang menjadi permintaan tinggi buat masa ini dan ada (peniaga) menggunakannya sebagai bahan asas dalam masakan," katanya.

Menceritakan penglibatan pembuatan sos Korea itu, On berkata selepas gerai makanan mereka ditutup pada 2018, beliau terfikir untuk menghasilkan satu bahan asas yang menjadi ramuan dalam masakan iaitu sos cili, cuka, sos tiram dan beberapa bahan perisa makanan lain.

Bagaimanapun katanya selepas beberapa tahun penghasilan bahan berkenaan, beliau mengalami masalah dan hanya mampu bertahan untuk menghasilkan bahan perasa yang berasaskan sos sahaja.

Menurut On, beliau dan keluarga juga pernah mengalami krisis perniagaan namun berkat kesabaran dan bantuan diperoleh daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), beliau bangkit meneruskan penghasilan produk berkenaan.

"Apabila menjadi seorang usahawan kita perlu berfikir di luar kotak. Kebetulan anak perempuan saya membawa kami sekeluarga makan di sebuah restoran Korea dan daripada situ saya terfikir untuk menghasilkan sos Korea ditambah dengan drama Korea yang menjadi tontonan menguatkan lagi idea ini," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Usahawan 1 hari yang lalu

Peniaga Nasi Kukus Raih Jualan RM14,000 Sebulan Selepas Sertai Program IPR

2

Semasa 9 bulan yang lalu

TPM Mahu SME Corp Cari Dana Bantu Usahawan PMKS Tembusi Pasaran Antarabangsa

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Malaysia Perlu Giat Promosi Usahawan Tempatan Tembusi Pasaran Halal Global - Ahmad Zahid

4

Selera 1 tahun yang lalu

Aiskrim Malaysia Tetap Jadi Pilihan, Bantu Usahawan Jana Pendapatan

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

Malaysia - Rwanda Sepakat Perluas Kerjasama, Fokus Industri Halal Dan Minyak Sawit

oleh Sophia Ahmad

Ekonomi 7 jam yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

oleh Rafisqi Radhi

Ekonomi 1 hari yang lalu

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

oleh Alfian Z.M. Tahir

Usahawan 1 hari yang lalu

Peniaga Nasi Kukus Raih Jualan RM14,000 Sebulan Selepas Sertai Program IPR