web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sering Dibanding Dengan FT, Anas Tahir Kecil Hati

Sudah berbelas tahun perkara ini terjadi hinggakan Anas merasa kasihan pada diri sendiri. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2022 8:00PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Adik kandung kepada komposer dan penyanyi tersohor Faizal Tahir (FT), Anas Tahir yang juga seorang penyampai radio Zayyan meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir penganjur acara yang seringkali membandingkannya dengan abangnya itu. 

Kekecewaan yang telah terbuku selama bertahun-tahun itu diluahkan Anas Tahir menerusi akaun TikTok miliknya @AnasTahir beberapa hari lalu.

Katanya, sudah lama dia ingin membangkitkan perkara itu tetapi bimbang orang akan menyalah anggap dan memikirkan yang buruk-buruk tentang dirinya. 

“Yelah siapa yang mahu, kalau orang fikir buruk pasal diri kita. Tapi sudah berbelas tahun saya simpan rasa kasihan pada diri sendiri. 

“Tapi, bila nampak saya di majlis-majlis dan kemudian nak tangkap gambar dengan saya, mereka cukup suka mengeluarkan kata-kata, Faizal Tahir tidak datang ke?

“Faizal tiada, tidak apa, adik pun jadilah. Kasihan tak? Kasihan tau saya ni. Selalu kita fikir kat orang, tapi orang selalu tidak fikir kat saya,” katanya. 

Jelas Anas lagi, ada juga pihak penganjur yang cuba menghubunginya untuk mendapatkan Faizal bagi menjayakan persembahan. 

“Saya terpaksa beritahu mereka, saya tidak boleh terus hubungi Faizal begitu. Lebih baik, mereka yang hubungi sendiri. 

“Maksudnya hubungi pihak pengurusan atau pengurusnya (Faizal). Sekejap lagi, saya dapat pula panggilan memberitahu bahawa bayaran abang saya itu mahal. 

“Saya kemudian bertanya: “Habis tu saya nak buat macam mana? Apa sebab panggil Faizal? Sebab mahukan penonton yang ramaikan? 

“Penonton Faizal lain. Penonton Faizal memang ramai. Nak guna orang dengan penonton yang ramai, memang mahallah bayarannya. 

“Penonton saya ni, apalah sangat. Kadang-kadang, memang tidak ada pun. Kalau nak murah panggil saya. Tapi mereka tak nak pula,” katanya.

Sambung Anas lagi, ada satu kes pula, dia diminta datang ke sebuah majlis apabila Faizal tidak dapat menghadirinya. 

‘Saya okey. Takde hal nak datang dan saya pun hadirkanlah diri. Tapi janganlah saya datang, pihak penganjur pula berucap di atas pentas memberitahu sebenarnya mereka berharap akan kehadiran Faizal tapi yang datang adalah adiknya. 

“Saya ni cuba jaga hati mereka dengan menghadirkan diri walaupun pada asalnya mereka mahu mengundang Faizal. 

“Saya cuba bantu mereka. Saya juga  tidak mahu mereka menganggap abang saya yang sibuk itu sombong. 

“Tapi, tolonglah jangan keluarkan kata-kata yang sebegitu. Janganlah kata, adik dia pun jadilah. Kecil hati saya. Macam saya ini lekeh sangat. 

“Cuba kalau ia terjadi pada anda semua, apa anda rasa? Entahlah, saya pun tak tahu nak cakap macam mana lagi. Dah banyak kali perkara ini terjadi,” katanya. 

Gambar: Anas Tahir FB 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Lihat Adik Terbakar Depan Mata Detik Hitam Buat Saya’ - Abang

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Faizal Tahir Lelong Barangan Peribadi Demi Palestin

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Tertembak Mati Adik Usia Setahun Di California

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Harga Tiket Konsert Mahal, Faizal Tahir Minta Maaf Kepada Peminat

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN