web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


"Ramai Orang Ingat Saya Ni Janda" - Aleza Shadan 

Sedar tidak sedar, Aleza Shadan sudah berlakon lebih daripada 60 drama dan kebanyakan drama yang dijayakannya meraih perhatian penonton. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2022 2:00PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun sudah lama bergiat dalam dunia lakonan dan sering muncul dalam drama bersiri di televisyen yang penuh dengan impak, namun tidak banyak kisah mengenai Aleza Shadan atau nama sebenarnya Norhasliza Shadan, 46, yang diketahui ramai. 

Aleza sewaktu ditemui di lokasi penggambaran filem 'Jemputan Dari Neraka' di Kampung Baru turut mengakui akan hal ini. 

“Ramai orang ingat saya nih janda. Saya pun tidak tahu kenapa. Dalam kalangan orang industri pun turut beranggapan yang sama. Sampai ada datang tanya tentang status saya. 

“Sedangkan status saya ini masih berumahtangga, saya berkahwin pada tahun 2000, belum  pernah bercerai dan memiliki dua cahaya mata. 

“Tapi mungkin, orang beranggapan begitu kerana saya jarang bercakap tentang hal peribadi dan saya juga tidak pernah membawa suami saya ke lokasi atau mana-mana acara hiburan,” katanya kepada Getaran. 

Pelakon asal Rawang, Selangor yang bakal menginjak usia 47 tahun pada 21 November ini bagaimanapun lebih gemar untuk tidak mendedahkan kisah peribadinya kepada umum. 

“Saya memang tidak suka orang tahu. Sebab di dalam bidang (lakonan) ini saya seorang sahaja yang terlibat. Mereka (suami dan anak-anak) tiada kena-mengena dengan kerjaya seni saya. Jadi, biar saya seorang sahajalah yang ke depan. 

“Tapi, saya ada sahaja kongsi gambar anak-anak saya di IG atau pun FB. Gambar suami memang tidak pernah. Tetapi,  baru-baru ini, saya  ada berkongsi gambar dia, cuma gambarnya saya ambil jauh-jauh,” katanya sambil tertawa. 

Aleza juga kalau boleh tidak mahu anak-anaknya terlibat di dalam bidang seni. 

“Saya memang tidak mahu libatkan mereka. Sebab faham-faham sahajalah dengan industri ini. Biarlah saya seorang sahaja yang dikenali. 

“Sebab bidang ini susah. Kalau tidak kuat ilmu dan mental, ia memang susah. Lagipun bila orang bekerja, kita tidur.

“Bila orang tidur kita bekerja dan adakalanya kita juga tidak dapat menghadiri kenduri kendara keluarga atau saudara-mara. 

“Tapi, mujurlah suami dan anak-anak memahami kesibukan saya kala bekerja. Waktu suami kenal saya pun, saya sudah mula berlakon. Saya mual berlakon pada 1999. 

“Jadi, dia memang faham sangat dan tidak pernah melarang saya untuk berlakon. Malah, dia membantu saya waktu saya sarat mengandung dan melahirkan dua anak perempuan kami,” katanya. 

Siapa sangka, setelah lebih dua dekad penglibatan dalam dunia lakonan, Aleza sudah membintangi  lebih daripada 50 drama, lapan telefilem dan lima filem. 

Antara drama yang dijayakannya adalah  'Suamiku Lelaki Pendosa (2022)', 'Bila  Hati memilih Dia' (2022), '28 Hari Mencari Cinta' (2021), 'Hatimu Sedingin Salju' (2021), 'Rindu Awak Separuh Nyawa' (2021), 'Jalan Sesat Ke Syurga' (2020), 'Setelah Kumiliki' (2019) dan 'Dia' (2017). 

Selain itu adalah  'Sejadah Untuk Dia' (2018) 'Mencari Qiblat' (2018) dan 'Isteri Bukan Untuk Disewa' (2018), 'Mr Boss Miss Stalker' (2017), 'Semanis Honey' (2016), 'Suri Hati Mr Pilot' (2016), 'Nasi Minyak Kuah Cinta' (2016), 'Cinta Si Wedding Planner' (2015),  'Memori Cinta Suraya' (2016). 'Mencintaimu' (2016) dan 'Bukan Isteri Sempurna' (2016). 

Bahkan, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Aleza mengakui bahawa sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak pihak produksi yang sudah mula memberikan perhatian kepadanya.

“Dulu nak dapat job memang susah. Tapi, sekarang pihak produksi sudah mula mencari saya untuk berlakon. Rezeki anak-anak agaknya. 

“Watak-watak yang diberikan juga menarik. Tapi, watak yang paling mencabar setakat ini adalah telefilem 'Angah' yang telah pun ditayangkan di Astro,” katanya. 

Dia juga berharap suatu hari nanti dia akan diberi kepercayaan untuk membawakan watak yang benar-benar mencabar kredibiliti lakonannya agar dapat menggenggam trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik suatu hari nanti. 

“Impian saya memang mahu mendapat anugerah untuk kategori tersebut. Setakat ini, saya tidak pernah tercalon untuk kategori tersebut dan saya pun bukan nak menang banyak. 

“Dapat naik atas pentas sekali dan menang pun cukuplah,” katanya sambil tertawa. 

Dalam filem 'Jemputan Dari Neraka' bergenre psiko thriller arahan pertama Amor Rizan, Aleza memegang watak sebagai seorang ibu yang membalas dendam terhadap kematian anaknya. - Getaran, 27 Mei 2022 

Gambar: Aleza Shadan FB 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

10 Telefilem Meriahkan Syawal Anda

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Nabila Huda Tetap Promosikan Pelangi Yang Hilang, Walaupun Kena ‘Scam’

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN