web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Janda Anak 5 Disyaki Berkhalwat Dengan Duda  

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2024 12:42PM

Wanita berstatus janda yang disyaki berkhalwat bersama seorang duda, memangku anak lelaki tersebut ketika mereka ditahan di sebuah motel dekat Kulim, semalam. gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULIM - Seorang janda anak lima bersama duda anak satu dicekup kerana disyaki berkhalwat dalam sebuah bilik motel dalam operasi dijalankan Pejabat Agama Daerah Kulim sempena kedatangan tahun baharu, awal pagi ini. 

Pegawai Penguatkuasa Agama Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, pasangan itu diberkas selepas pihaknya menjalankan pemeriksaan di motel berkenaan kira-kira jam 1.15 pagi. 

Menurutnya, pintu bilik motel tersebut dibuka lelaki berstatus duda berkenaan yang berusia 40 tahun, selepas diketuk pasukan operasi yang mengunjungi premis terbabit.

"Pemeriksaan dijalankan mendapati lelaki itu berada dalam bilik terbabit bersama anaknya yang berusia  enam tahun serta wanita berstatus janda anak lima berusia 32 tahun. 

"Lelaki itu memberi alasan kehadirannya ke bilik berkenaan adalah untuk menghantar makanan kepada wanita tersebut. Soal siasat dijalankan mendapati wanita itu yang tidak bekerja, sudah seminggu tinggal di bilik motel tersebut yang dibayar lelaki berkenaan," katanya kepada Getaran di sini, hari ini. 

Tambahnya, pemeriksaan lanjut mendapati mereka tidak memiliki sebarang dokumen pembuktian sebagai hubungan mahram atau suami isteri. 

"Wanita itu berasal dari Bukit Mertajam dan mereka dipercayai saling berkenalan di sebuah kedai makan yang juga tempat lelaki itu bekerja," katanya. 

Seorang lelaki penjawat awam dan wanita pekerja kilang memberi alasan berehat di bilik hotel dekat Kulim selepas menyaksikan pertunjukkan bunga api di Pulau Pinang apabila dikunjungi Pegawai Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim, awal pagi ini. gambar Rafisqi Radhi
Seorang lelaki penjawat awam dan wanita pekerja kilang memberi alasan berehat di bilik hotel dekat Kulim selepas menyaksikan pertunjukkan bunga api di Pulau Pinang apabila dikunjungi Pegawai Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim, awal pagi ini. gambar Rafisqi Radhi

Dalam kes berasingan, katanya, seorang penjawat awam dan pasangannya yang juga pekerja kilang turut ditahan di sebuah bilik hotel dekat Taman Melawis kira-kira jam 2.06 pagi. 

Menurutnya, pasangan tersebut memberi alasan mereka hanya datang berehat di bilik hotel tersebut selepas menyaksikan pertunjukan bunga api di Pulau Pinang.  

"Penjawat awam itu yang juga seorang lelaki beralamat di Kuala Lumpur serta wanita terbabit yang bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang kemudiannya ditahan untuk tindakan lanjut. 

"Kedua-dua pasangan tersebut dibawa ke Balai Polis Kulim dengan kes disiasat mengikut Seksyen 25 (a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat," katanya. - Getaran 1 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

2

Jelajah 2 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad