web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Memang Semulajadi Manja Dan Gedik – Normah Damanhuri 

Pada awalnya, Normah akui agak keberatan untuk menjayakan filem Tiga Janda Melawan Dunia kerana dia tidak biasa berlakon komedi. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2022 8:00PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melihat aktres Normah Damanhuri membawakan watak sebagai Rahayu yang gedik, manja tetapi sentiasa bergaya dengan kebaya dalam filem 'Tiga Janda Melawan Dunia' sememangnya mencetuskan kejutan buat semua peminat drama atau filem Melayu.  

Apatah lagi sebelum ini, Normah lebih dikenali dengan watak-watak yang serius, berat dan penuh karektor dalam setiap lakonannya. 

Dalam film 'Tiga Janda Melawan Dunia' yang ketika ini masih ditayangkan di pawagam, wataknya itu berubah sebanyak 360 darjah berbanding watak-watak kebiasaan yang dibawanya sebelum ini. 

“Dalam filem ini, saya yang paling gedik sekali. Tapi, secara semulajadi, saya memang gedik pun, memang manja. Cuma dalam filem, ini, saya tambah sedikit sikap gedik dan manja itu,” katanya kepada Getaran. 

Aktres berkaliber yang pernah memberikan lakonan yang hebat dalam filem 'Jogho' arahan U-Wei Shaari ini juga mengakui pada mulanya dia agak keberatan untuk menerima tawaran berlakon dalam filem 'Tiga Janda Melawan Dunia' arahan Hyrul Anuar itu. 

“Sebab saya takut tak dapat buat dan tidak dapat beri apa yang pengarah mahukan. Lagipun saya tidak pernah berlakon komedi. Saya tidak biasa buat. 

“Selalunya, saya buat cerita yang sedih-sedih, berat-berat dan tentang isu keluarga. Tapi, mereka (produksi) beritahu, orang yang tidak biasa buat komedi itulah yang mereka mahukan,” katanya. 

Normah juga akui bahawa pada awalnya, dia seakan tidak percaya apabila ditawarkan membawakan watak utama dalam filem tersebut bersama Khatijah Tan dan Raja Azura. 

“Saya antara percaya dengan tidak. Lagipun saya tidak kenal siapa Hyrul Anuar. Tapi, dia sanggup datang untuk jumpa saya dan menyerahkan skrip. 

“Bila baca skrip saya tidak faham. Saya beritahu Hyrul saya tak faham langsung. Tapi, dia sanggup jumpa saya lagi untuk jelaskan. Bila dapat penjelasan, barulah saya faham kisah Tiga Janda Melawan Dunia ini.

“Walaupun penat menjayakan penggambaran filem ini,  dari pagi ke pagi sampai kami rasa lunyai, tapi kami tetap rasa enjoy,” katanya. 

Dia juga turut menghadapi kesukaran untuk menjayakan babak yang memerlukannya menyanyi dan menari. 

“Terus-terang pada awalnya, saya memang tak boleh buat. Saya rasa malu. Saya rasa susah untuk buat. Dengan umur macam saya nih, macam manalah nak buat. Kalau cucu-cucu saya, mereka bolehlah… 

“Tapi, Alhamdulillah. Semua membantu. Jadi saya harap semua orang akan datang nak tengok filem ini di panggung,” katanya lagi. 

Normah yang sudah bertudung bagaimanapun memberikan syarat kepada Hyrul bahawa dia tidak mahu melepaskan rambutnya. 

“Saya beritahu Hyrul, kalau pakai rambut palsu, saya okey. Cuma itu sahaja yang saya hadkan. Saya rasa kalau setakat pakai wig tuh, okeylah. 

“Tapi, kalau orang hendak mengata juga, nak buat macam mana. Takpelah, orang boleh cakap apa yang mereka mahu cakap,” katanya  mengakhiri perbualan. - Getaran, 24 Mei 2022

Gambar: GSC 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 4 tahun yang lalu

Sikap Ceria Ruhainies Tawan Hati Nazim

2

Selebriti 4 tahun yang lalu

Saya Belum Sedia Nak Kembali Mengarah – Pierre Andre 

3

TARA 4 tahun yang lalu

Industri Perfileman Malaysia Kembali Bernafas

4

Selebriti 4 tahun yang lalu

Nak Jaga Suami Muda, Tidak Perlu ‘Mandrem’ – Rosnah Mat Aris

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN