web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nak Jaga Suami Muda, Tidak Perlu ‘Mandrem’ – Rosnah Mat Aris

Namun, Rosnah akui dia ada mengamalkan tiga perkara penting untuk menjaga keharmonian rumah tangganya. Baca artikel ini selanjutnya.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 8:07PM

Gambar oleh Ellyna Ali

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah 14 tahun pelakon Rosnah Mat Aris melayari bahtera rumah tangga dengan lelaki yang 26 tahun lebih muda daripadanya. Namun, hingga saat ini, rumah tangga mereka kekal bahagia dan tidak pernah dilanda badai. 

“Banyak sebenarnya orang cuba bertanya soalan tentang rumah tangga saya. Kadangkala stesen televisyen pun ada hubungi saya pasal orang bersuami muda. 

“Tapi, saya ini jenis simpan suami dalam almari perhiasan. Kunci di tangan saya. Orang boleh tengok, tapi nak dekat tidak boleh,” katanya sambil berseloroh. 

Apapun, Rosnah yang juga salah seorang pelakon yang membintangi filem Tiga Janda Melawan Dunia memberitahu, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat menghormati dan menyayanginya. 

Gambar ihsan GSC
Gambar ihsan GSC

“Saya sendiri tidak tahu saya ini bersuamikan lelaki muda atau orang tua. Sebab cara dia memang sangat berbeza dengan budak muda yang seusia dengannya.

“Dia sangat matang. Sayang menyayangi kita, cukup hormat dengan kita. Apa-apa minta maaf. Nak minta makan pun tanya dahulu. Dia juga suka manjakan kita. 

“Sampaikan kita yang kasar ini boleh jadi sopan dan lembut. Kita sendiri tidak sedar yang kita berubah 360 darjah kerana dia,” katanya kepada Getaran. 

Menurut Rosnah lagi, sepanjang tempoh perkahwinan selama 14 tahun dengan suami mudanya itu, mereka tidak pernah bergaduh besar. 

“Kalau gaduh-gaduh kecil itu biasalah. Adat resam dalam rumah tangga. Bagi saya, Allah memang bagi hadiah seorang suami seperti dia itu buat saya.

“Saya tidak cari dia dan tidak pernah terfikir untuk berkahwin dengan dia pun. Kalau saya ini gilakan lelaki muda, takkan saya menjanda selama 13 tahun sebelum berkahwin dengan dia,” katanya lagi.

Rosnah juga mengakui hingga saat ini tidak tahu mengapa lelaki muda itu mencintainya dan memilih untuk memperisterikan dirinya. 

“Tapi, dia sendiri beritahu bahawa, ‘Allah SWT bagi awak untuk saya. Allah hadiahkan kepada saya isteri yang baik. Saya kena jaga amanah yang Allah berikan ini. Kalau nak tengok paras rupa, saya boleh sahaja kahwin dengan orang muda.’ 

“Saya juga ada mengingatkan dia bahawa dengan usia yang lebih berumur daripada dia, ia mungkin sukar untuk saya mendapatkan zuriat untuknya. 

“Dia terima perkara itu dengan hati terbuka. Katanya semua itu adalah kuasa daripada Allah. Dapat memiliki saya sudah cukup membahagiakan dia,” katanya. 

Tidak setakat itu, sebelum berkahwin, Rosnah juga memberitahu suaminya itu bahawa dia gemar keluar berjalan. 

“Dia cakap okey. Saya kata saya suka memancing, dia pun kata dia suka. Saya suka masuk hutan, dia pun kata dia suka. Memang kami punya citarasa yang sama. Mungkin sebab itu, kami serasi,” katanya. 

Menceritakan tentang saat-saat dirinya hendak dilamar lelaki muda itu, Rosnah berkata, suaminya itu terlebih dahulu berbincang dengan anak-anaknya untuk minta izin. 

“Dia beritahu anak-anak saya bahawa dia betul-betul sukakan saya, cintakan saya. Dia juga meminta anak-anak saya jelaskan kepada dia, jika mereka tidak setuju dengan hasratnya itu untuk mengahwini saya,” katanya sambil tersenyum. 

Gambar ihsan GSC
Gambar ihsan GSC

Ditanya bagaimana dia menjaga keharmonian rumah tangganya itu, Rosnah berkata, ada yang mungkin menganggap dia menggunakan ‘mandrem’ (sihir atau jampi) untuk memastikan hubungan sebagai pasangan suami isteri kekal bahagia. 

“Ada juga yang memikirkan bahawa ‘mandrem’ itu adalah jalan penyelesaianya. Tapi, untuk apalah kita membodohkan suami dengan berbuat begitu? Apa yang kita dapat kalau kita buat suami kita jadi bodoh dan iku telunjuk kita. 

“Saya tak mahu suami seperti itu. Yang saya mahukan adalah suami yang boleh jaga sakit dan pening kita. Kalau kita mati pun, biarlah atas peha dia,” katanya. 

Sebetulnya kata Rosnah, dia mengikut nasihat suaminya dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga. 

“Suami saya pesan tiga perkara. Dalam berumah tangga, kita kena jujur, ikhlas dan amanah. Kalau kita pegang tiga perkara ini, selamatlah rumah tangga.

“Apa-apa perkara pun, ia harus menjaga rahsia suami isteri dan kita tidak boleh sorok apa-apa daripada pengetahuan pasangan kita. 

“Jadi bila ada orang tanya apa rahsia saya menjaga kebahagiaan rumah tangga, itulah jawapan saya,” katanya lagi. 

Dalam pada itu, Rosnah mengakui sangat seronok apabila dapat menjadi sebahagian daripada barisan pelakon filem Tiga Janda Melawan Dunia yang ketika ini masih ditayangkan di pawagam. 

Rosnah Mat Aris dan Hyrul Anuar- Gambar ihsan GSC
Rosnah Mat Aris dan Hyrul Anuar- Gambar ihsan GSC

“Walaupun penat kerana penggambaran filem itu mengambil masa yang lama iaitu dari pagi sampai ke pagi, tapi saya seronok. 

“Sebab pengarahnya iaitu Hyrul Anuar seorang yang kreatif. Dia bijak mencari penyelesaian dalam waktu yang singkat. Otak dia memang sentiasa berjalan. Orang yang paling gila pernah saya jumpa,” katanya sambil tertawa. - Getaran, 3 Jun 2022

Gambar oleh Ellyna Ali diambil menggunakan Galaxy A33 5G

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 tahun yang lalu

8 Cara Semarakkan Cinta 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sindiket Edar Dadah, Suami Isteri Antara 17 Ditahan

4

Refleksi 2 tahun yang lalu

8 Sikap Lelaki Budiman Di Dalam Perkahwinan

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN