web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sikap Ceria Ruhainies Tawan Hati Nazim

Nazim bersyukur kerana Ruhainies menjadi isterinya dalam drama ini.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2022 9:45AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon jelita Ruhainies mengakui memang bersikap ceria dan manja di set penggambaran apalagi kepada rakan pelakon demi mewujudkan keserasian sepanjang penggambaran dilakukan. 

Pemilik nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilya itu percaya, keserasian yang wujud antara para pelakon inilah yang akan menentukan kelancaran mereka dalam menghidupkan drama apalagi jika mereka membawakan watak sebagai pasangan suami isteri. 

“Saya bukan hanya ramah kepada pelakon sahaja, malah jurusolek dan kru yang lain juga saya akan ramah. Saya mahu mereka semua rasa selesa untuk bekerja dengan saya. Saya tak mahulah mereka rasa takut-takut. 

“Kalau boleh, saya mahu semua orang gembira datang ke set penggambaran. Kalau mood tidak okay, nanti ia akan memberi kesan kepada lakonan dan semua akan sendu. Saya tak mahu begitu,” katanya ketika ditemui Getaran. 

Pertama kali bekerja dengan Nazim Othman menerusi siri original pertama iQIYI bertajuk Sorry Naik Lori sebagai pasangan suami isteri, Ruhainies mengakui sedikit risau untuk mewujudkan keserasian memandangkan Nazim seorang yang pendiam. Namun siapa sangka, keramahan yang ditunjukkan Ruhainies membuatkan mereka berdua senang bekerjasama.

“Saya dan Nazim memang rapat sebab kami ada banyak babak bersama. Dia pula satu kepala dengan saya, jadi senang nak ‘klik’.

“Sebelum ini saya tak pernah bekerja dengan Nazim, tapi ramai yang kata kepada saya yang Nazim ini pendiam. Risau juga pada awalnya kerana saya seorang yang bising. Tapi ternyata tidak sukar mendapatkan keserasian. Kami banyak berbual selepas penggambaran dan bersembang tentang banyak perkara. Kadang kalau penggambaran habis awal, kami akan minum kopi bersama-sama. Itu yang mengeratkan hubungan kami,” ceritanya.

Nazim juga mengakui keramahan yang ditunjukkan Ruhainies membuatkannya senang bekerja apalagi ini kali pertama pelakon itu membawakan cerita komedi.

“Saya sangat bersyukur kerana Ruhainies yang jadi isteri saya dalam cerita ini. Wataknya yang ceria dan ramah sangat membantu saya yang jarang membawakan watak komedi. Karakter dia menyokong karakter yang saya bawa,” celah Nazim. 

Sorry Naik Lori menceritakan tentang pasangan suami isteri yang melalui pelbagai dugaan kehidupan. Bukan itu sahaja, drama ini juga merupakan usahasama antara iQIYI bersama platform penghantaran makanan atas talian, Foodpanda kerana mengenengahkan watak penghantar makanan. - Getaran, 30 Jun 2022

Gambar: Wafa Aula & Instagram Nazim Othman

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Malam Komedi ‘Live, Love, And Laugh’ Untuk Bertemu Kenalan Baru, Mungkin Juga Bertemu Jodoh

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Kes Khalwat: Aliff Aziz, Ruhainies Mengaku Tak Bersalah

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN