web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Kawan Kepada Kekasih, Abang Baju Hijau Bukan Orang Industri” - Nani

Ditanya adakah dia dan abang berbaju hijau bakal melangkah ke fasa seterusnya dengan mengikat tali pertunangan. Nani ketawa lagi.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2022 3:48PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan abang berbaju hijau yang dikongsikan pelakon Sharifah Amani dalam beberapa keping foto semasa sambutan lebaran baru-baru ini. 

Gambar yang dimuat naik di laman Instagram dan Twitter peribadinya itu sekaligus memberikan petanda bahawa hati pelakon filem 'Sepet' itu telah dimiliki.

Mengesahkan perkara itu, pemilik nama sebenar Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya mengakui sedang mengenali hati budi jejaka yang digelar ‘abang baju hijau’ itu.

Sharifah Amani on Instagram: “I never had anyone to do this with. You just went for it. You did not budge, nor did you falter. Not one bit. Completely effortless. Always…”

“Dia sebenarnya adalah kawan saya dan saya akui dia memang seseorang yang istimewa kepada saya. Sekarang, kami sedang mengenali hati budi masing-masing.” katanya ketika ditemui Getaran baru-baru ini.

Diminta  memberikan sedikit penjelasan siapakah jejaka itu, wanita yang mesra disapa sebagai Nani itu ketawa. 

“Dia bukanlah dalam kalangan warga industri hiburan,” jawabnya pendek.

Melihat kepada komen serta reaksi peminat di laman sosial, Nani terharu kerana ramai yang turut mendoakan kebahagiaannya dan turut gembira pelakon kesayangan mereka kini punya pilihan hati.

“Saya jarang dedahkan kisah peribadi saya di laman sosial. Sekarang, saya cuba beranikan diri sikit sebanyak untuk kongsikan sedikit.

“Saya sudah berada di dalam industri ini sejak berumur 17 tahun dan kini saya berumur 36 tahun. Saya bersyukur dan terharu kerana ramai yang masih menyokong dan berikan kasih-sayang mereka kepada saya. Reaksi yang saya dapat daripada semua memang sangat manis.

“Saya ini bolehlah dikatakan duta wanita single. Bila pengikut dapat tahu tentang ini (abang baju hijau), saya dapat banyak ucapan baik-baik dan ramai juga yang mendoakan saya. Saya sangat bersyukur,” katanya lagi.

Ditanya adakah dia dan abang berbaju hijau bakal melangkah ke fasa seterusnya dengan mengikat tali pertunangan. Nani ketawa lagi.

“Tak tahu, saya harap semua boleh doakan yang terbaik. InsyaAllah,” katanya menutup temu ramah. - Getaran, 17 Mei 2022

Gambar: Instagram Sharifah Amani

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN