web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mira Filzah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Selebriti terkenal, Mira Filzah selamat lahirkan bayi sulungnya pada jam 3.40 pagi tadi, bersamaan 9 Syawal yang juga merupakan tarikh lahirnya mengikut kalendar Islam.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2022 8:26AM

Gambar: Instagram @mfmirafilzah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon terkenal, Mira Filzah selamat lahirkan bayi sulungnya pada 10 Mei, jam 3.40 pagi, bersamaan 9 Syawal yang juga merupakan tarikh lahirnya mengikut kalendar Islam. 

Berita gembira itu telah diumumkan oleh suami Mira iatu Wan Emir Astar menerusi sebuah hantaran di akaun Instagramnya.

“Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT Pencipta sekalian alam, serta selawat ke atas junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad SAW. Isteri syurgaku Nur Amirah Filzah binti Badioezaman telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal, bersamaan 10 hari bulan 5, tahun 2022 pada jam 3.40pagi. Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat wal’afiat. 

“Kami mengucapkan jazakallahu khairan dan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga ini. Moga segala kebaikan buat kalian semua juga,” tulisnya di bahagian kapsyen. 

Ruangan komen hantaran berkenaan telah dibanjiri dengan ucapan daripada netizen serta rakan-rakan selebriti.

Mira dan Wan Emir telah berkahwin pada 3 September 2020. Pada awal kehamilan, netizen sudah berteka-teki mengenai dirinya yang sedang hamil, namun Mira hanya mendedahkan dirinya sedang berbadan dua pada Januari lalu tatkala usia kandungannya hampir memasuki trimester ketiga.

Tahniah diucapkan kepada Mira dan suami. Semoga kehadiran cahaya mata ini akan menceriakan lagi kehidupan kalian sekeluarga. Selamat berpantang. - Getaran, 10 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan Bahan Mentah Mencukupi Sepanjang Syawal - KPKM

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Mira Filzah Wajah Terbaharu Cetaphil Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Raja Charles III Zahir Tahniah Untuk Agong Baharu

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN