Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kelly Azman Perkenal Lagu Baharu, Ambil Aura Siti Nurhaliza

Ditanya adakah penyanyi itu bersedia berhadapan dengan mulut lahar warganet mengenai suaranya yang dikatakan tidak begitu merdu didengar, Kelly ketawa.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2022 8:30AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernah dikecam tidak mempunyai bakat dalam bidang nyanyian, bagai masuk telinga kanan keluar telinga kiri selebriti Kelly Azman tetap tampil dengan single raya terbaharunya menjelang lebaran. 

Lagu duet bersama Ismaliza Ismail (Isma AF7) bertajuk 'Nikmat Di Hari Raya' itu merupakan ciptaan S. Atan manakala liriknya ditulis oleh Tanty dan Miss Darna. 

Asalnya, lagu tersebut sepatutnya dikeluarkan pada hari raya tahun lalu, namun akibat pandemik, mereka membuat keputusan untuk menunda pelancaran ke tahun ini setelah keadaan reda.

Bercerita lanjut mengenai proses rakaman lagu ini, Kelly yang juga salah seorang juri dalam program 'All Together Now Malaysia' mendedahkan ia dirakam di studio sama yang digunakan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk merakamkan lagu-lagu balada hitnya sebelum ini.

“Saya merakamkan lagu ini di sebuah studio di Cheras, iaitu studio yang sama di mana Datuk Siti merakamkan lagu-lagunya. Tak sangka, saya berkesempatan merasai suasana studio rakaman itu dan ambil aura Siti Nurhaliza.

“Kini, giliran saya pula merakamkan lagu di studio yang sama,” katanya ketika ditemui Getaran baru-baru ini.

Ditanya adakah penyanyi itu bersedia berhadapan dengan mulut lahar warganet mengenai suaranya yang dikatakan tidak begitu merdu didengar, Kelly ketawa.

“Kalau saya tak boleh menyanyi, saya tak akan masuk studio rakaman dan orang tak akan tawarkan saya peluang ini. Saya bukanlah nak buktikan kepada sesiapa yang saya ini boleh menyanyi.

Saya seorang penyanyi berkarakter yang memang tujuan saya untuk menghiburkan orang. Bukannya menunjuk kepada sesiapa.

“Tapi tak mengapa, saya pun faham perasaan mereka. Orang nak kata apa, katalah. Bukan apa, saya pun kadang mengata dan carut orang. Jadi ini kira give and take,” selorohnya.

Berkongsi maksud nikmat di hari raya, Kelly merasakan tiada yang lebih bermakna selain memori raya bersama keluarga. Walaupun sudah kehilangan ibu dan bapa namun kemeriahan Aidilfitri tetap diraikan bersama adik-beradiknya setiap tahun.

“Sebenarnya banyak kenangan raya yang saya ingat. Paling bermakna tentulah kenangan bersama-sama arwah mak dan ayah. Setiap tahun kalau hari raya, mesti mak yang paling kecoh sekali. Pagi raya mak dah bangun awal dan sibuk di dapur.

Walaupun mereka tiada namun ukhwah adik-beradik saya memang rapat. Setiap tahun kami akan berkumpul dan raikan bersama,” ceritanya.

Sebelum 'Nikmat Di Hari Raya', Kelly juga  pernah merakamkan beberapa lagu lain iaitu 'Kepulangan Di Hari Raya' dan 'No No No'. - Getaran, 20 April 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Suami Merajuk Sebab Terlalu Sibuk? - Elly Mazlein Jawab Spekulasi Ramai Tentang Isu Rumah Tangganya

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Masih Giat Bikin Lagu Raya Di Usia 74 Tahun, S Atan Tunaikan Permintaan Raja Pop Jamal Abdillah 

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Kelly Azman Ada Sebab Tersendiri Kenapa Jarang Bangun Untuk Peserta Di 'All Together Now Malaysia'

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Lancar Lagu Baru Berjudul 'Dustakan Cinta', Kelly Azman Sasar Ke Pentas AJL

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Budaya 23 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 16 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 3 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran