web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lancar Lagu Baru Berjudul 'Dustakan Cinta', Kelly Azman Sasar Ke Pentas AJL

Lagu yang dicipta oleh komposer terkenal, Mohariz Yakuup itu pada asalnya dicipta untuk penyanyi nombor satu negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2022 6:18PM

Kelly Azman - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penghibur serba boleh yang semakin dikenali ramai, Kelly Azman baru sahaja melancarkan lagu terbarunya berjudul 'Dustakan Cinta'.

Lagu yang bergenre balada itu dicipta oleh komposer terkenal iaitu Mohariz Yaakup dan lirik oleh dua penulis lirik yang semakin meningkat naik iaitu NJ dan KR.

Ditanya sejauh mana harapannya untuk lagu ini, Kelly yang juga merupakan juri bagi rancangan All Together Now ini mensasarkan untuk lagunya ke pentas Anugerah juara Lagu (AJL).

“AJL! Semua penyanyi di Malaysia ini impikan untuk lagu mereka layak ke pentas AJL. Termasuklah saya sendiri. 

“Saya pernah hasilkan beberapa buah lagu sebelum ini tetapi tidak menjadi, Lagu terbaru ini adalah pertaruhan untuk kita pergi ke pentas AJL. 

“Saya harap penerbit rancangan Muzik Muzik ataupun sesiapa sahaja tolonglah pertimbangkan karya saya. Berilah peluang kepada saya untuk lagu saya dicalonkan,” katanya yang akan berusaha walau dengan apa cara sekalipun untuk memastikan lagunya tercalon. 

Bercerita dengan lebih lanjut mengenai lagu 'Dustakan Cinta', Kelly memberitahu bahawa dia rasa sungguh bertuah apabila Mohariz sendiri yang ingin berikan lagu itu kepadanya. 

“Lagu ini diberikan oleh abang Mohariz ketika PKP dua tahun lalu. Menurut abang Mohariz, melodi lagu ini pada asalnya dicipta untuk penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza. 

“Tetapi apabila beliau menonton konsert yang saya lakukan secara maya ketika PKP, dia menghubungi saya untuk berikan saya lagu. Dia kata pada saya, Kelly sampai bila Kelly nak menyanyi lagu orang. Abang ada lagu nak bagi pada Kelly. Bila dia berikan lagu itu dan saya dengar melodinya sangat sedap. 

“Ketika itu lagu itu masih tidak mempunyai lirik. Jadi saya pun menghubungi arwah Rudy Imran pada ketika itu untuk dia hasilkan lirik untuk saya. Selepas arwah mendengar melodi lagu itu, dia puji lagu itu sedap.

“Selepas dua hari dia menghubungi saya dan mencadangkan agar saya memberi peluang kepada penulis lirik baharu iaitu NJ dan KR yang juga merupakan rakan baik saya. Maka, terhasilkan lagu ini sepenuhnya,” kongsinya. 

Bukan sahaja bertuah mendapat lagu dari komposer terkenal, Kelly juga mendapat tajaan sepenuhnya untuk menghasilkan muzik video dari MVM Production yang kini sudah boleh ditonton di Youtube. Tahniah Kelly Azman. Semoga impian ke pentas AJL tercapai. – Getaran, 8 November 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Reeve Damien Akui Tugas Sebagai Pengarah Muzik Suke TV  Mencabar, Anak AC Mizal Teringin Berkolaborasi Dengan Sonaone 

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aiman Tino Rancang Jadi Penerbit Program ‘Travelog’

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Ayu Damit Nafi Lagu ‘Kejam’ Yang Berkisar Tentang Kecurangan Punya Kaitan Dengan Isu Syamsul Yusof 

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Tak Pernah Menyesal Lalui Pengalaman Sukar Sebagai Penyanyi, Aman Aziz Kini Pertaruhkan 'Satu Hari Saat Hujan'

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 14 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN