web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gimik Milli Di Coachella Cetus Fenomena Pulut Mangga!

Jabatan Promosi Kebudayaan Thailand merasakan wajar untuk mempertimbangkan permohonan menyenaraikan juadah pencuci mulut itu sebagai warisan budaya tidak ketara UNESCO.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2022 6:32PM

Gambar: Instagram @phuckitol

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gimik penyanyi rap remaja Thailand, Danupha Kanateerakul yang menikmati pulut mangga ketika mengadakan persembahan di festival muzik Coachella, di Amerika Syarikat pada hujung minggu lalu, mencetuskan fenomena baharu terhadap hidangan popular Thailand itu.

Aksi Danupha telah mencetuskan minat orang ramai dan Jabatan Promosi Kebudayaan Thailand merasakan wajar untuk mempertimbangkan permohonan menyenaraikan juadah pencuci mulut itu sebagai warisan budaya tidak ketara UNESCO.

Ketua Pengarah Jabatan Promosi Kebudayaan, Chai Nakornchai dalam satu kenyataan berkata jabatannya sedang mengumpul maklumat yang perlu untuk mengemukakan permohonan.

Danupha, 19, atau lebih dikenali sebagai Milli, mencuri perhatian dunia apabila menamatkan persembahan di Festival Muzik dan Seni Coachella Valley di Indio, California dengan memakan pulut mangga ketika di atas pentas.

Persembahan beliau juga menjadi trending di Twitter pada Ahad dan sejak itu jualan pulut mangga meningkat mendadak.

Danupha, pernah menjadi tumpuan media pada Julai tahun lepas apabila Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha memfailkan saman fitnah terhadapnya selepas penyanyi itu mengecam tindakan Prayuth dalam menguruskan pandemik COVID-19 yang didakwanya kurang berkesan.

Dia mengaku terhadap pertuduhan itu dan dikenakan denda sebanyak 2,000 baht. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN