web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


 'Hero Stone' Didedikasi Untuk Mereka Yang Terkorban Ketika Pembinaan Keretapi Maut 

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2024 4:11PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANCHANABURI (Thailand) - Ketika kereta api melintasi jambatan tresel kayu Tham Krasae, pengunjung mengambil peluang merakam sorotan paling indah dari Death Railway yang terkenal antara Thailand dan Myanmar menerusi kamera dan telefon bimbit mereka.

Hari ini, jambatan itu menjadi pusat tarikan pelancong yang menarik kedatangan jutaan penumpang setiap tahun.

Bagaimanapun, penderitaan yang ditanggung oleh tawanan perang (POW) Bersekutu dan buruh paksa Asia yang juga dikenali sebagai 'Romusha' dalam bahasa Jepun semasa pembinaan Kereta Api Thailand-Burma sepanjang 415 kilometer itu masih terkubur.

Tiada siapa yang mengetahui jumlah sebenar mereka yang terkorban ketika pembinaan Death Railway, tetapi anggaran adalah sekitar 100,000 mangsa termasuk kira-kira 12,000 tawanan perang Bersekutu dan puluhan ribu Romushas yang dipaksa bekerja di bawah keadaan mengerikan.

Usaha sedang dijalankan untuk memberi penerangan mengenai peristiwa yang tersembunyi ini, memastikan sejarah mereka yang sebelum ini dilupakan akhirnya terungkap.

Dr Silva Kumar, pengerusi Malaysians and Indians in Bangkok (MIB) menyoroti kesengsaraan nasib buruh paksa Asia yang telah lama dilupakan ketika pembinaan landasan kereta api di bawah Pendudukan Jepun semasa Perang Dunia II.

"Ini mendorong inisiatif MIB untuk memasang 'hero stone' atau tugu peringatan di Kanchanaburi bagi mengenang mereka yang terkorban. Sumbangan dan pengorbanan mereka (buruh paksa Asia) tidak boleh dilupakan.

"Projek ini bertujuan untuk mendamaikan perasaan keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam lipatan sejarah ini," katanya kepada BERNAMA.

Menurut penyelidik dan ahli sejarah Rod Beattie dalam bukunya, The Thai-Burma Railway: The True Story of the Bridge on the River Kwai, dianggarkan 75,000 orang India dari Malaya menyertai pembinaan kereta api itu, manakala kira-kira 42,000 orang terkorban.

Melalui inisiatif ini, Silva berharap dapat mencapai dua matlamat: pertama, untuk memberi pengiktirafan kepada mereka yang terlibat sejak 80 tahun lalu dan kedua, mendidik orang ramai mengenai sejarah mengenai buruh paksa Malaya semasa pembinaan landasan kereta api terbabit.

Katanya, mendapatkan kebenaran terbukti menjadi halangan paling ketara.

"MIB dengan sokongan padu Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel berusaha selama lima tahun untuk mendapatkan kebenaran mempersembahkan 'hero stone' ini di Kanchanaburi.

"Terima kasih atas sokongan tidak ternilai ahli sejarah Amerika Dr JJ Kawarcki, Profesor David Boggett dan Andy Barraclough melalui penyelidikan dan kertas kerja mereka, kami akhirnya mendapat kebenaran untuk mendirikan tugu itu," katanya.

Silva berkata, 'hero stone' yang diperbuat daripada granit yang dikuari dari Madurai, India mempunyai ketinggian 2.5 meter dengan lebar 1.5 m dan berat hampir tiga tan akan didirikan di Chedi Niranam.

Kos dianggarkan antara 500,000 baht dan 600,000 baht.

Pemasangannya dijadualkan pada 1 Mei bersempena dengan Hari Pekerja, bagi mengenang buruh paksa Asia yang membanting tulang dari 1944 hingga 1947.

"Kami telah mengumpul lebih 50 peratus sumbangan yang diperlukan. Bersama-sama, kita boleh memastikan wira-wira ini tidak pernah dilupakan," katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang kepada projek itu boleh berbuat demikian melalui Bangkok Bank Limited (925-0-19711-9) atau CIMB Malaysia (7054768367). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi