web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Elon Musk Tawar Beli Twitter US$43 Bilion

Twitter mengesahkan ada menerima tawaran Musk dan sedang meneliti cadangan itu.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2022 1:17PM

Gambar: AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Makluman kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) AS pada Khamis menunjukkan Elon Musk membuat tawaran untuk membeli Twitter.

Jutawan itu berkata beliau sanggup membayar US$54.20 setiap saham untuk membeli 100 peratus syarikat itu. Tawaran tunai keseluruhan menjadikan nilai syarikat rangkaian sosial itu mencecah US$43.4 bilion, kata Xinhua.

"Saya melabur dalam Twitter kerana percaya potensinya untuk menjadi platform untuk bebas bersuara di seluruh dunia," tulis Musk dalam e-mel kepada Bret Taylor, Pengerusi Lembaga Pengarah Twitter. E-mel itu diterbitkan semula dalam pemfailan SEC, sambil menambah bahawa "Twitter perlu ditransformasi sebagai syarikat persendirian."

"Tawaran saya adalah tawaran terbaik dan terakhir, dan jika ia tidak diterima, saya perlu pertimbangkan semula kedudukan saya sebagai pemegang saham," kata Musk. Tawaran itu adalah premium 54 peratus sehari sebelum beliau mula melabur dalam Twitter dan premium 38 peratus sehari sebelum pelaburannya diumumkan secara terbuka.

Twitter mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan penerimaan tawaran Musk dan berkata lembaganya akan "meneliti cadangan itu untuk tindakan".

Pada 4 April, Twitter mengesahkan bahawa Musk memperoleh 9.2 peratus saham syarikat itu untuk menjadi pemegang saham terbesar. Namun Musk kemudiannya enggan menyertai barisan lembaga pengarah.

Sebagai ahli lembaga pengarah, Musk tidak dibenarkan memiliki lebih daripada 14.9 peratus saham syarikat.

Musk kini merupakan orang terkaya di dunia. Menurut Forbes, nilai kekayaannya kini adalah US$273.6 bilion. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

NADMA Terima Aset Perubatan FAST Bernilai RM6 Juta

2

TARA 2 tahun yang lalu

Berita Elon Musk Cipta Robot Wife Satu Penipuan, Namun Adakah Ia Mustahil

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Logo Baharu Twitter 'X' Diturunkan Dari Ibu Pejabat Selepas Aduan

4

TARA 2 tahun yang lalu

10 Perkara Mengenai Aplikasi X Yang Anda Perlu Tahu

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 19 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN