web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bertahun Dihalang Untuk Mengandung, Britney Spears Umum Hamil Anak Ketiga 

Penyanyi pop terkenal, Britney Spears mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga hasil hubungan bersama tunangnya, Sam Asghari.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2022 2:25PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi sensasi, Britney Spears, 40, telah membuat kejutan apabila mengumumkan bahawa dirinya kini sedang hamil anak ketiga hasil perkongsian hidup bersama tunangnya, Sam Asghari, 28. 

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Oops I Did It Again' ini telah berkongsi kisah kehamilannya yang pada mulanya disangkakan sekadar naik berat badan.

“Saya telah kehilangan berat badan dengan banyak sebelum bercuti di Maui tetapi usai bercuti berat saya kembali bertambah. Saya tertanya-tanya apa yang telah berlaku dengan perut saya. Tunang saya mengusik mengatakan saya mengandungkan makanan. Jadi saya dapatkan alat ujian kehamilan dan ya saya sedang hamil. Empat hari selepas itu, perut saya semakin membesar,” tulisnya.

Britney juga beranggapan bahawa dia mungkin hamilkan anak kembar. Sebelum ini dia memang memasang impian untuk memiliki cahaya mata kembar. 

Katanya lagi, untuk proses kehamilannya kali ini, dia tidak akan kerap keluar rumah kerana tidak mahu paparazzi membuat duit dengan merakam fotonya.

“Ianya sangat sukar. Kerana sewaktu saya hamil dulu, mereka sering mengambil foto saya dan ketika itu saya bergelut dengan masalah depresi ‘perinatal’ (kehamilan kedua dalam masa yang singkat selepas kelahiran anak pertama).

"Ianya sangat teruk. Kebanyakan wanita tidak berbicara tentang isu ini pada ketika itu. Ada yang beranggapan bahawa bercakap mengenainya ketika bayi berada di dalam perut akan membahayakan wanita. Tetapi kini wanita berbicara tentang hal ini setiap hari,” kongsinya.

Britney juga bercadang untuk melakukan aktiviti Yoga setiap hari sepanjang proses kehamilannya.

Sebelum ini Britney dikurniakan dua anak lelaki iaitu Sean Preston,16, dan Jayden James,15, hasil perkongsian hidup bersama bekas suami iaitu Kevin Federline. 

Britney pernah mendedahkan dia teringin untuk mempunyai anak lagi terutamanya anak perempuan. Namun hak penjagaan yang terletak di tangan bapanya antara lain menghalangnya untuk berkahwin dan mempunyai anak lagi. 

Sementara itu, dia bahagian komen, puluhan ribu peminat dari seluruh dunia mengucapkan tahniah kepadanya serta gembira dengan berita kehamilan ini. Mereka bersyukur kerana Britney akhirnya bakal menimang seorang lagi cahaya mata. - Getaran, 12 April 2022.

Gambar: Instagram

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Uqasha Senrose Umum Hamil Anak Pertama

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sarat Hamil Tapi Positif Ganja, Wanita Dan Suami Ditangkap Bawa 10KG Dadah

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shila Amzah, Ubai Kongsi Berita Kehamilan

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ayda Jebat Umum Hamil Anak Kedua, Kandungan Berusia 5 Bulan

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN