Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kulit Wajah Pernah Dikecam, Kini Wajah Aina Abdul Terpampang Di Billboard

Pemilihannya sebagai duta produk kecantikan pernah dikecam dan dipersoal ramai kerana mempunyai masalah kulit wajah. Namun kini wajah penyanyi popular Aina Abdul  terpampang di atas papan iklan di jalan-jalan utama dan lebuhraya. 

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2022 5:25PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa sahaja yang tidak gembira tatakala melihat wajah terpampang di papan iklan (billboard) yang tersergam indah di jalan-jalan utama. Begitu juga dengan penyanyi popular, Aina Abdul yang tidak sangka wajahnya akan diabadikan di atas papan iklan mewakili produk kecantikan.

Sebagai duta kepada produk kecantikan Trulooks, wajah Aina telah dipilih untuk menghiasi kempen produk berkenaan yang diletakkan di papan iklan sekitar jalan utama di Kuala Lumpur dan juga lebuhraya menuju ke utara tanah air. 

Gambar Instagram @ainaabdul
Gambar Instagram @ainaabdul

"Alhamdulillah, saya gembira kerana dapat menyambung kolaborasi dengan Trulooks kerana saya memang pengguna Truskin. Bukan sahaja produk ini berkualiti, malah pihak Trulooks juga sering memudahkan tugas saya sebagai wajah jenama ini.

"Apa yang saya tak sangka, wajah saya terpampang di papan iklan. Tak pernah saya bayangkan, seorang gadis yang mempunyai masalah kulit muka di zaman remaja mendapat peluang untuk terpampang di billboard besar serata negara.

Gambar Instagram @ainaabdul
Gambar Instagram @ainaabdul

Saya sangat-sangat teruja sampai saya rakam video reaksi saya sewaktu melihat billboard berkenaan di tepi jalan. Video itu sampai tular di Tik Tok kerana orang banyak gunakan bunyi reaksi itu kerana saya terlampau teruja waktu itu. Saya memang mengimpikan untuk melihat wajah saya di billboard,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran dan penghargaan Trulooks.

Gambar Instagram @ainaabdul
Gambar Instagram @ainaabdul

Menurut penyanyi lagu Semalam ini lagi, masalah kulit wajahnya semakin berkurang selepas menggunakan produk Truskin sekaligus meningkatkan keyakinannya untuk beraksi di atas pentas sebagai seorang penghibut. 

Ketua Pegawai Eksklusif Trulooks, Julia Suhaila Lah mendedahkan ada kata-kata sumbang kedengaran ketika mereka menampilkan Aina sebagai wajah jenama mereka pada penghujung tahun lalu.

"Ketika mula menyunting Aina pada 2021, ada suara sumbang mempertikaikan kenapa kami memilihnya kerana Aina mempunyai masalah kulit wajah.

"Kami sendiri mahu menunjukkan perubahan kulit muka Aina ketika menggunakan Truskin kerana ia lebih meyakinkan pengguna. Kami percaya kami harus meraikan semua jenis kecantikan kerana itu merupakan antara visi yang ingin Trulooks capai," katanya.

Aina bersama Julia Suhaili dan Dr Adibah Abd Bari
Aina bersama Julia Suhaili dan Dr Adibah Abd Bari

Pengarah Trulooks, Dr Adibah Abd Bari gembira kerana dapat menyambung kolaborasi dengan pemenang vokal terbaik AJL36 itu.

"Sangat mudah bekerjasama dengan Aina. Dia seorang yang sangat profesional. Apa yang penting, dia menggunakan Truskin dan ia memberi kesan positif terhadap kulit wajahnya,” katanya. 

Gambar Instagram @ainaabdul
Gambar Instagram @ainaabdul

Siapa sangka bermula dengan billboard di Malaysia, kini wajah Aina turut terpampang di billboard Times Square New York Amerika Syarikat mewakili Spotify Malaysia dan Singapura. Hebat anak Malaysia! - Getaran, 30 Mac 2022. 

Gambar: PR


 

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 minggu yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

2

Muzik 1 bulan yang lalu

AJL38: Penjelasan Ketua Juri Faktor Vokal Terbaik Milik Aina Abdul

3

Gaya 3 bulan yang lalu

5 Kegunaan Cuka Epal Dalam Rutin Kecantikan Anda

4

Selebriti 10 bulan yang lalu

Tampil Dengan Fesyen ‘Tiang Lampu’, Aina Abdul Jadi Sorotan Netizen Lagi Dan Banyak Sungguh Komen Yang Lucu

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Muzik 5 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 23 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran