web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Genggam Trofi Terbaharu! DJ Lin Kerja Keras Hanya Tidur 3 Jam

Popular menerusi slot Suria Cinta, DJ Lin dinobatkan sebagai penerima Influential Radio Announcer di majlis Women of Excellence Awards 2021/22 baru-baru ini.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2022 9:02AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyampai radio Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin mengakui perjalanannya lebih dua dekad bergelar penyampai radio memerlukan banyak pengorbanan dan usaha keras sehingga dinobatkan sebagai penerima bagi anugerah Influential Radio Announcer di majlis Women of Excellence Awards 2021/22 baru-baru ini. 

Menggenggam trofi kesepuluh semenjak mula menceburi bidang penyiaran radio pada tahun 1999, DJ Lin mengakui segala penghargaan yang diterimanya adalah berkat sokongan pendengar yang menjadi tunjang kepada kerjayanya sehingga hari ini.

“Sebenarnya, untuk sesiapa pun masuk dalam industri mungkin mudah. Namun, untuk bertahan sebenarnya payah. Ini adalah rezeki yang diberikan kepada saya. Diam tak diam, rupanya sudah 23 tahun saya di dalam industri penyiaran dan sudah membawa pulang 10 anugerah.  

“Ini adalah sebuah perjalanan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Terima kasih untuk yang mendoakan secara dekat mahupun jauh. Selagi mana Allah beri kesempatan dan selama saya masih mempunyai suara saya akan terus berkhidmat kepada semua pencinta radio di Malaysia,” katanya ketika ditemui Getaran di Hotel Shangri-La baru-baru ini.

DJ Lin yang juga merupakan Pengurus Besar Suria FM turut berkongsi rahsia kejayaannya. Selain bekerja keras dan hanya tidur 3 jam setiap hari, dia juga percaya sikap merendah diri adalah kunci terbesar yang membuatkan seseorang dihargai dan kekal relevan di dalam industri hiburan. 

“Saya selalu ingat pesan ibu. Katanya, sejauh mana pun kita pergi jangan lupa pandang ke bawah tempat di mana kita bermula. Kadang kita alpa sebagai manusia tapi saya bersyukur dengan berkat pesanan ibu saya bertahan sehingga hari ini. 

“Selain itu, saya percaya yang kita kena jujur dengan diri sendiri dan jangan hipokrit. Hormati orang dan jaga kelakuan kita. Jangan cepat emosional dan jagalah hubungan baik dengan rakan media. Juga, saya belajar yang kita janganlah cari fasal dengan netizen,” katanya tersenyum. 

Menurutnya lagi, untuk aktif bekerja, faktor kesihatan adalah hal penting yang perlu dipandang serius. Sebab itulah DJ Lin sangat menitikberatkan faktor pemakanan dalam kehidupan seharian.

“Saya sangat menjaga pengambilan kuantiti gula dalam pemakanan. Kalau dulu apabila minum kopi atau teh, saya akan ambil sehingga 2 sudu gula. Sekarang tidak lagi. Selain itu, saya juga kurangkan pengambilan nasi dan tukarkannya kepada roti atau salad,” ceritanya lagi.

Popular menerusi slot Suria Cinta, DJ Lin sebelum ini pernah membawa pulang beberapa trofi seperti Anugerah Sri Angkasa (kategori Penyampai Radio Terbaik), Anugerah Penyampai Radio Paling Popular Berita Harian (ABPBH) sebanyak empat kali, Anugerah Kesatria Puteri (Industri Radio) Himpunan Wanita Muda Negara 2012 dan Anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai Reader’s Digest Trusted Brands ke-2.

Majlis anugerah Women of Excellence Awards 2021/22 (WOEA2021/22) ini dianjurkan oleh majalah The CEO Malaysia yang bertujuan untuk meraikan dan memberi pengiktirafan serta menghargai sumbangan para usahawan wanita terhadap industri, penggunaan teknologi dan pendekatan inovatif dalam menjalankan perniagaan secara mampan sekali gus telah banyak membantu untuk merancakkan pembangunan ekonomi negara. - Getaran, 28 Mac 2022

Gambar: DJ Lin

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Tiada Lagi Segmen Suria Cinta, DJ Lin Beri Tumpuan Pada Bidang Pengurusan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Suria FM Duduki Tangga Ke-30 Dalam Carta Penstriman Digital Triton 

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Fizz Fairuz, Chiwan Cilok Dan Kai Hassan Barisan Penyampai Baharu Suria FM

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN