web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BTS Jadi Duta ‘Game’ Terkenal Dunia!

Khabar kolaborasi antara BTS dan Free Fire sebenarnya sudah mula diperkatakan sejak 25 Februari lalu apabila laman Twitter permainan elektronik itu mengumumkan bakal memberikan kejutan kepada pengguna.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2022 11:32AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Garena secara rasminya mengumumkan ikon sensasi selebriti Korea Selatan, BTS sebagai duta global bagi permainan elektronik terkenal mereka, Free Fire.

“BTS boleh dikatakan sebuah fenomena. Kami sangat teruja melantik BTS sebagai duta kami dan tidak sabar untuk berkongsi kepada semua mengenai kolaborasi ini,” kata penerbit Free Fire di Garena, Harold Teo dalam satu kenyataan.

“Dengan adanya BTS, Free Fire akan menawarkan pelbagai cara untuk pengguna saling berinteraksi dan mencipta pengalaman baru sesama komuniti gamer,” katanya lagi.

Khabar kolaborasi antara BTS dan Free Fire sebenarnya sudah mula diperkatakan sejak 25 Februari lalu apabila laman Twitter permainan elektronik itu mengumumkan bakal memberikan kejutan kepada pengguna.

Sebelum ini, pihak Free Fire pernah memuat naik sebuah foto dengan tujuh bayang-bayang lelaki. Ternyata ramai peminat BTS boleh meneka duta ini dengan betul.

Garena ialah penerbit dan pembangun permainan atas talian. Produknya, Free Fire ialah permainan atas talian yang paling banyak dimuat naik pada 2019, 2020 dan 2021. - Getaran, 2 Mac 2022

Gambar: Free Fire

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN