web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zulin Aziz Selamat Bernikah Dengan Farhan Norzaini

Hanya dengan sekali lafaz, pelakon terkenal Zulin Aziz sah menjadi isteri kepada Farhan Norzaini pada jam 9.20 pagi tadi.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2022 10:26AM

Gambar: Helmi Anuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan pelawak popular, Zulin Aziz atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 33, telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Farhan Norzaini, 35, hanya dengan sekali lafaz pada jam 9.20 pagi tadi, bertempat di Masjid Negara Kuala Lumpur.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Masjid Negara, Ehsan Bin Mohd Hosni berwalikan abang kandung Zulin, Shah Rezza Abdul Aziz.

Zulin menerima mas kahwin sebanyak RM80, sebentuk cincin serta wang hantaran berjumlah RM30,000.

Majlis akad nikah dihadiri oleh keluarga terdekat dari kedua-dua belah pihak mengikut SOP nikah yang telah ditetapkan oleh Masjid Negara.

Zulin sewaktu ditemui pihak media berkata dia sangat lega dan bersyukur kerana akhirnya telah sah menjadi isteri kepada lelaki yang dicintainya.

"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Biarpun kes pandemik COVID-19 semakin meningkat sehingga mencetuskan kerisauan, namun Allah SWT permudahkan urusan pernikahan kami," katanya.

Sementara itu bagi Farhan pula dia berkata perasaannya bercampur baur kerana ini adalah apa yang dihajati oleh arwah ibunya.

"Alhamdulillah, bersyukur Allah SWT satukan kami setelah dua tahun bersama, bermula sebagai kawan dan sebagai pasangan dan sekarang suami isteri.

"Ini adalah hajat dan doa arwah ibu yang ingin lihat kami dijodohkan serta doa daripada sahabat handai serta yang mengenali kami," luahnya.

Pasangan ini bakal diraikan dalam majlis resepsi pada sebelah malam bertempat di Star Avenue Subang.

Terdahulu pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 28 Januari lalu selepas dua tahun berkenalan. - Getaran 20 Februari 2022

Gambar : Helmi Anuar menggunakan iPhone 13

Isu Pada

Jaclyn Victor - Mekar Melakar Masa Depan

19 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Masjid Seliaan JAKIM Adakan Solat Jenazah Ghaib Ismail Haniyeh Malam Ini

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Berangkat Ke Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemergian Tun Abdul Taib Satu Kehilangan Besar Buat Sarawak, Negara - TPM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bukan Hassan Yang Muat Naik Video Saifuddin

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN