web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Dia Buat Saya..,” Ini Sebab Hyun Bin Pilih Son Ye Jin!

Kedua-dua pelakon 'Crush Landing On You' ini mengumumkan rencana perkahwinan mereka menerusi laman Instagram malam tadi.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2022 9:19AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa sangka hubungan cinta dalam siri drama hit 'Crush Landing On You' yang dilakonkan pada tahun 2019 benar-benar menjadi realiti apabila Hyun Bin dan Son Ye Jin mengumumkan pernikahan mereka bakal dilangsungkan tidak lama lagi. 

Berita itu ternyata mengejutkan banyak pihak namun rata-ratanya gembira dan mendoakan kesejahteraan hubungan pasangan ini. 

Menerusi Instagram rasmi syarikat naungannya Vast Entertainment, Hyun Bin membuat pengumuman itu menerusi sepucuk surat yang sangat menyentuh hati kepada peminatnya. Menurut Hyun Bin, dia senang bersama-sama dengan Ye Jin kerana gadis itu selalu membuatnya berasa gembira dan ketawa.

“Hello, saya Hyun Bin. Apa khabar semua?

Saya menulis surat ini untuk memberitahu kepada semua peminat yang menyayangi saya terhadap keputusan paling penting yang saya buat dalam hidup.

Mungkin ada yang sudah boleh mengagak. Ya, saya telah membuat keputusan untuk berkahwin dan melangkah ke babak seterusnya dalam hidup saya. 

Saya telah berjanji kepada si dia yang sering membuat saya tersenyum untuk menjalani hari muka bersama-sama.

Jika Jeong-hyeok dan Seri bersama dalam drama, kami juga ingin mengambil langkah serupa. 

Dengan kasih sayang yang sudah kalian berikan sejauh ini, saya berasakan kalian akan menyokong langkah pertama kami. 

Jagalah kesihatan sampai kita berjumpa lagi, semoga kalian bahagia,” tulisnya.

Son Ye Jin juga turut memuat naik luahan hatinya mengkhabarkan perkahwinan mereka menerusi kapsyen sebuah gambar baju pengantin mini di Instagram rasmi miliknya. Pelakon itu menyifatkan bakal suaminya itu sebagai seorang lelaki yang hangat dan boleh diharapkan dalam banyak keadaan.

“Sebelum menulis, saya tidak tahu bagaimana untuk meluahkan perasaan saya. Kerana ia sebuah kisah yang indah, berharga dan penting.

Saya telah menemui seseorang untuk saya menghabiskan sisa hidup dengannya. Ya betul, dialah orang yang ada dalam fikiran kamu. Dia hangat dan boleh diharapkan.

Sungguh tidak terbayang oleh saya bagaimana seorang lelaki dan perempuan boleh bertemu, berkongsi perasaan dan berjanji untuk melewati masa depan. Kami juga melalui fasa itu.

Terima kasih atas segalanya untuk anda yang selalu berada di belakang kami sehingga hubungan ini menjadi takdir kami. Kami mohon restu untuk bersama di masa hadapan.

Kepada peminat yang selalu menyokong kami, saya tidak ada benda untuk ditawarkan melainkan cinta yang tulus dan rasa terima kasih yang tidak terhingga. 

Saya ingin menjadi pelakon yang lebih matang walau ia tak semudah yang saya fikirkan. Suatu hari nanti mungkin saya akan menghampiri mimpi saya itu. Jadi, saya mulakan untuk tidak berasa malu terhadap diri sendiri. Dengan seluruh cinta dan syukur, saya menyayangi kalian,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, peminat turut memuat naik klip wawancara Ye Jin yang mengaku secara terbuka bahawa Hyun Bin adalah cinta pertamanya.

@hobangtan

Maaf Out Of Topic. Akhirnya terjawab standar tinggi ala Son Ye Jin adalah Hyun Bin ???? #sonyejin #hyunbin #sonyejinhyunbin

♬ Rewrite the Stars - James Arthur & Anne-Marie

Terdahulu, masing-masing mula dilihat semakin rapat selama lapan bulan sejak drama ‘Crush Landing on You’ disiarkan. Namun masing-masing menafikan khabar angin percintaan mereka.

Bagaiamanapun, pada Mac 2020, pihak agensi Hyun Bin dan Son Ye Jin akhirnya membuat kenyataan rasmi hubungan cinta pasangan ini. Tahniah buat pasangan ini!

Gambar: The Conversation

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN