web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kisah Hidup Michael Jackson Bakal Difilemkan!

Projek filem Michael Jackson disambut baik keluarga penyanyi tersohor ini terutamanya ibunya, Katherine Jackson.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Feb 2022 4:44PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kisah peribadi King of Pop, Michael Jackson bakal diangkat ke layar lebar dan diterbitkan oleh Graham King iaitu penerbit yang sama menghasilkan karya terkenal Bohemian Rhapsody

Filem Michael Jackson bakal diedarkan Lionsgate Summit Entertainment yang juga bakal berkolaborasi denganJohn Branca dan John McClain yang juga merupakan individu yang bertanggungjawab menguruskan hartanah Michael Jackson.

“Saya sangat gembira Lionsgate akan menjadi sebahagian daripada filem epik ini. Gembira bekerjasama dengan Graham King yang sebelum ini terkenal dengan kejayaannya menghasilkan filem pecah panggung Bohemian Rhapsody dan Ali,” kata pengerusi Lionsgate Motion Picture, Joe Drake. 

Tambahan lagi, jalan cerita untuk filem ini dihasilkan oleh John Logan yang sebelum ini pernah tiga kali tercalon dalam anugerah Oscar. King dan Logan pernah berkolaborasi menerusi filem The Aviator arahan Martin Scorsese. 

Menurutnya lagi, filem Michael Jackson ini bakal  menceritakan kerumitan perjalanan King of Pop. Ia juga bakal menunjukkan beberapa penampilan ikonik Michael Jackson dan penceritaan mengenai proses di sebalik penampilan kreatifnya itu.

Graham King turut membuat pengakuan bahawa dia pertama kali bertemu keluarga Michael Jackson adalah pada 1981. Tak disanga-sangka, 38 tahun selepas itu dia kemudian membawa cerita mengenai keluarga seni itu ke layar lebar.

Projek filem Michael Jackson ini turut mendapat sambutan hangat keluarga penyanyi tersohor itu terutamanya ibunya, Katherine Jackson.

“Michael menyukai panggung wayang. Sebagai sebuah keluarga, kami berasa gembira kerana kisah hidupnya di bawa ke layar lebar,” katanya. 

Michael Jackson merupakan penyanyi pop legenda yang telah menghasilkan deretan lagu-lagu hits seperti 'Billie Jean', 'Beat It', 'Thriller' dan 'Man in the Mirror'.

Dia menghembuskan nafas terakhir pada 25 Jun 2009 pada usia 50 tahun akibat sakit jantung. - Getaran, 9 Februari 2022

Sumber: CNN Indonesia

Gambar: IndieWire

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN