web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Edar Dadah Isma Halil Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

Meski laporan kimia daripada Jabatan Kimia mendapati berat dadah berkurangan dari 409 gram kepada 374.6 gram, kes ini masih di bawah Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2022 6:35PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan kes penyampai radio Ismahalil Hamzah yang dituduh mengedar dadah jenis kanabis seberat 409 gram tahun lepas, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Wong Chai Sia mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Phulrani Kaur untuk memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, tarikh sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi belum ditetapkan.

Sementara itu, peguam Adi Zulkarnain Zulkafli yang mewakili Ismahalil ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata, pihaknya telah menerima laporan kimia daripada Jabatan Kimia yang mendapati berat dadah itu berkurangan dari 409 gram kepada 374.6 gram.

“Bagaimanapun, kes itu masih di bawah Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

Ismahalil, 49, didakwa mengedar dadah jenis kanabis anggaran berat 409 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(A) ADB 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.

Turut hadir dalam prosiding itu, isteri Ismahalil, Nor Haslinda Abdul Manaf, 49, dan anak lelaki mereka yang berusia 13 tahun. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 4 hari yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

3

Semasa 5 hari yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Semasa 6 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN