web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berlakon Watak Ibu Kepada Anak Dewasa, Erra Fazira Bersikap Realistik

Primadona filem negara, Erra Fazira bersikap realistik dalam memilih watak untuk dilakonan seiring dengan peningkatan usia.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2022 2:38PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebagai pemegang status primadona filem negara, Erra Fazira akui pada usia 47 tahun, dia sudah tidak lagi kekok melakonkan watak ibu kepada anak yang sudah dewasa. 

Jika ada pelakon lain yang masih gusar untuk melakonkan watak seorang ibu kerana takut bakal dicop sebagai pelakon tua, Erra pula memilih untuk bersikap realistik.

Disebabkan itu dia menerima tawaran untuk melakonkan watak ibu kepada seorang gadis dalam filem terbaharu, Kongsi Raya yang bakal ditayangkan sempena sambutan Tahun Baru Cina ini. 

“Saya rasa sudah tiba masanya. Inilah tugas seorang pelakon. Bersesuaian juga dengan usia saya dan jalan ceritanya juga bagus. Pasangan pelakon saya juga okey jadi saya rasa kenapa tidak untuk saya jayakan watak ini.

“Watak ini juga sangat santai dan kelakar. Watak saya bukanlah ibu yang tipikal tetapi ibu yang moden,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Kongsi Raya

Ditanya adakah dia tidak takut andai selepas ini akan kerap kali menerima tawaran sebagai watak ibu, kata Erra dia perlu melihat dahulu watak itu seperti apa.

“Tengok juga watak ibu itu macam mana. Kalau asyik watak ibu saja bosan juga. Macam untuk filem ini, saya tidak pernah berlakon watak ibu. Jadi, saya masih seronok lagi. Tapi kalau 10 tawaran watak ibu seperti ini, bosanlah juga.

“Saya percaya pada rezeki. Kalau kita asyik mengelak, tak nak watak ibu, walaupun usia dah mencecah 50 tahun, susah juga,” ujarnya. 

Bercerita lanjut mengenai pembabitannya dalam filem Kongsi Raya, kata Erra dia sangat teruja kerana selama lebih 20 tahun bergelar pelakon inilah kali pertama dia berpeluang berlakon dengan produksi Cina.

“Saya sudah berlakon dengan produksi India, Melayu apatah lagi. Jadi saya sangat-sangat gembira dan berbesar hati untuk berlakon dalam filem ini, apatah lagi mesej yang cuba disampaikan kelihatan ringan tetapi sebenarnya berat. Kita nak buka minda masyarakat tetapi dengan cara bersahaja. 

“Bila saya baca skrip, saya tertanya-tanya apa akan jadi dengan cerita ini. Tetapi apabila saya tengok keseluruhan hasil filem ini saya sangat kagum,” kongsinya.

Dalam filem Kongsi Raya, Erra membawakan watak seorang ibu kepada anak gadis yang jatuh cinta dengan pemuda berbangsa Cina.

Konflik bermula apabila masing-masing mendedahkan mereka sedang bercinta dan ingin berkahwin tetapi dihalang oleh bapa masing-masing. - Getaran, 25 Januari 2022

Gambar : Helmi Anuar menggunakan Samsung Galaxy A52s 5G

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Elly Mazlein Akur Rezekinya Bukan Dalam Bidang Nyanyian, Sebaliknya Pengacaraan Dan Lakonan 

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

'3 Pagi Menangis Saja, Lepas Itu Ketawa' - Noor Kumalasari Dedah Sukarnya Jadi Pelakon

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Terjun Ke Bidang Lakonan, Aya Amiruddin Tak Sempat Update TikTok

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Jadi Ibu Di Usia Muda, Elisha Syukur Keluarga Mentua Bantu Jaga Anak

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN