Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Elly Mazlein Akur Rezekinya Bukan Dalam Bidang Nyanyian, Sebaliknya Pengacaraan Dan Lakonan 

Jelas Elly lagi, dia sebenarnya tidak terasa hati dan tidak kisah sama ada menyanyi, berlakon atau mengacara. Selagi ada rezeki, dia sangat bersyukur.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 8:00PM

Elly Mazlein - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Artis serba boleh, Elly Mazlein bersyukur atas rezeki yang diberikan dalam bidang pengacaraan meskipun  kariernya yang bermula sekitar 20 tahun lalu diawali sebagai penyanyi.

Menurutnya, dia tidak kisah jika ada pihak tidak menyukai dan membenci dirinya gara-gara muncul dalam pelbagai program televisyen kini.

“Sejujurnya, kalau orang tidak suka dengan saya, saya tidak kisah sebab saya tak nak fikir tentang perkara negatif buat masa sekarang. Saya hanya nak memberi tumpuan kepada peminat saya yang menyukai saya.

“Kita tidak boleh paksa orang, jadi kepada yang tidak berminat, tidak mengapa kerana saya sentiasa memberi ruang kepada mereka untuk menerima saya suatu hari nanti. Bak kata orang, tak kenal, maka tak cinta,” katanya.

Elly Mazlein berkata demikian ketika ditemui majlis sidang media The Masked Singer Malaysia baru-baru ini.

Elly Mazlein di sidang media The Masked Singer Malaysia baru-baru ini - Gambar Fail
Elly Mazlein di sidang media The Masked Singer Malaysia baru-baru ini - Gambar Fail

Jelas lagi pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom itu, perjalanannya sebagai penggiat seni tidak mudah seperti difikirkan oleh segelintir pihak.

“Bukan mudah untuk kita kekal relevan dalam industri seni kini dengan kemunculan banyak bakat-bakat baharu.

“Saya berkerja keras dan sentiasa bagi yang terbaik dalam semua sebagai tanda saya menghormati rezeki yang diberikan, jadi untuk saya berada di tahap hari ini bukan mudah. 

“Ini semua kerja Allah SWT. Selain usaha, kita juga perlu berdoa dan tawakal. Selebihnya kita serahkan pada Allah SWT. Siapa sangka pada usia 42 tahun, rezeki hadir melimpah-ruah dan tidak putus-putus.

“Kebangkitan seorang anak seni bernama Elly Mazlein bukan mudah dan tidak melalui jalan pintas untuk dia berada di tahap seperti hari ini,” tambahnya.

Ketika disoal tentang kerjaya nyanyiannya yang semakin mundur, Elly berkata, perjalanan sebagai penyanyi  tidak begitu memberangsangkan berbanding pengacaraan.

“Sebenarnya, saya tidak terasa hati dan saya tidak kisah sama ada menyanyi, berlakon atau mengacara. Selagi ada rezeki, saya sangat bersyukur.

“Memang betul, mungkin rezeki saya bukan dalam bidang nyanyian tetapi lain. Apapun saya bersyukur kedua-duanya masih lagi dalam bidang yang sama,” katanya.

Nama Elly Mazlein mencetus fenomena yang gah selepas berjaya menyuntik kelainan ketika muncul sebagai hos program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9).

Elly Mazlein sebagai pengacara Gegar Vaganza - Gambar Fail
Elly Mazlein sebagai pengacara Gegar Vaganza - Gambar Fail

Selepas kemunculan di GV9 Kak Lina memulakan tanggungjawabnya sebagai penyampai radio ERA secara rasmi.

Terkini, dia menjadi salah seorang juri baharu untuk program The Masked Singer Malaysia musim ketiga yang turut menampilkan barisan juri lain seperti Emma Maembong, Sharnaaz Ahmad dan pelawak, Shuib. – Getaran, 16 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 6 bulan yang lalu

Elly Mazlein Umum Undur Diri Sebagai Pengacara GV 10

2

Selebriti 9 bulan yang lalu

Penantian 25 Tahun Elly Mazlein Dan Tyzo Untuk Menggenggam Trofi ABPBH 

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Pelan Tindakan Fasa Pertama Tangani Isu Industri Kreatif Mula Suku Ketiga Tahun Ini

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Rezeki Anak Tunggal Tunai Haji Bersama Ibu Bapa

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Budaya 8 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 12 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 34 minit yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar