web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jadi Ibu Di Usia Muda, Elisha Syukur Keluarga Mentua Bantu Jaga Anak

Selesai sahaja berpantang melahirkan puterinya Bunga ElHaq, Elisya sudah sedia masuk ke set penggambaran sebuah drama.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2022 8:14PM

Elisya Sandha dan Bunga ElHaq - Gambar Instagram Elisya Sandha

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun baru sahaja bergelar seorang ibu pada usia 23 tahun, tanggungjawab yang digalasnya tidak pernah menjadi penghalang buat Elisya Sandha untuk meneruskan kerjaya lakonannya. 

Buktinya, selesai sahaja berpantang melahirkan puterinya Bunga ElHaq, Elisya sudah sedia masuk ke set penggambaran sebuah drama.

“Anak saya sudah berusia tiga bulan sekarang. Saya anggap memiliki anak di usia muda adalah rezeki. Ini fasa yang akan dilalui wanita. Bezanya kita nak hadap awal atau lambat. Saya pilih awal supaya bila kita sudah berusia 40 tahun, anak kita sudah berusia 20 tahun. Seronok.

“Selepas berpantang tiga bulan, saya sudah masuk ke set penggambaran. Saya bersyukur kerana keluarga saya memahami mungkin kerana kami berada dalam industri yang sama. Ibu mertua (Sheila Rusly) pula sanggup menjaga Bunga.

“Di rumah pula ada pembantu yang juga akan menolong ibu mertua. Setakat ini, tiada masalah untuk kembali bekerja. Lagipula, saya jenis tidak suka duduk rumah lama-lama,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di majlis sidang media filem Rasuk.

Namun begitu, Elisha juga terpaksa menyaring tawaran yang diberikan dengan mengambil kira keadaan anaknya, Bunga yang masih menyusu. 

“Setakat ini, saya terpaksa tolak tawaran kerja di luar kawasan memandangkan Bunga masih menyusu badan. Masih belum masanya untuk berpisah jauh.

“Alhamdulillah, Bunga tak banyak meragam atau menangis bila saya keluar bekerja,” tambahnya.

Terkini, adik kepada pelakon Fasha Sandha itu tampil menerusi filem seram bertajuk, Rasuk menceritakan tragedi yang bermula dari botol misteri yang sudah disihir di tepi sungai. 

Selepas botol itu dibuka, keadaan menjadi huru-hara apabila seorang demi seorang daripada pelajar yang masih ada di asrama telah dirasuk. 

Filem ini akan mula menemui penonton bermula 29 September nanti. - Getaran, 26 September 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Elly Mazlein Akur Rezekinya Bukan Dalam Bidang Nyanyian, Sebaliknya Pengacaraan Dan Lakonan 

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

'3 Pagi Menangis Saja, Lepas Itu Ketawa' - Noor Kumalasari Dedah Sukarnya Jadi Pelakon

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Terjun Ke Bidang Lakonan, Aya Amiruddin Tak Sempat Update TikTok

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

'Tak Perlu Panggil Saya Adik Syafiq Kyle, Saya Juga Punya Nama' – Syazwan Razak

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN