web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terjun Ke Bidang Lakonan, Aya Amiruddin Tak Sempat Update TikTok

Tidak hanya membintangi drama rantaian 16 episod, Aya baru sahaja membintangi sebuah pementasan teater 'Maduku Terpaling Kalut'

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2022 2:03PM

Aya Amiruddin (tengah) bersama Azrel Ismail (kiri) dan Puteri Sarah (kanan) - Gambar ihsan Aya Amiruddin

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Satu per satu rezeki memihak kepada gadis berdarah kacukan Malaysia-Afrika, Aya Amiruddin apabila ditawarkan berlakon di sebuah drama rantaian serta pementasan teater. 

Bercerita kepada Getaran, gadis yang selesa dipanggil Aya itu tidak menyangka ada pihak produksi yang sudi melamarnya membintangi sebuah drama rantaian berjumlah 16 episod. 

Maklumlah, sebelum ini Aya hanya dikenali dengan keletahnya di platform TikTok dengan jumlah pengikut hampir setengah juta. 

“Mungkin orang selesa tengok saya buat lawak membuatkan saya seronok membawakan karakter kelakar. Sekarang saya sedang menjalani penggambaran dengan Radius One untuk sebuah drama rantaian 16 episod. Tapi watak saya kecil saja. 

Aya Amiruddin
Aya Amiruddin

“Dunia lakonan ini baru untuk saya. Kalau orang kata kerja makan gaji sembilan pagi hingga enam petang itu penat, rupanya berlakon pun penat juga. 

“Empat pagi kadang baru saya balik. Tapi saya enjoy. Sekarang memang saya terima sahaja tawaran yang ada,” katanya  ditemui yang ditemui selepas pementasan teater Maduku Terpaling Kalut.

Tidak hanya drama rantaian, Aya juga baru sahaja membintangi sebuah pementasan teater Maduku Terpaling Kalut bersama-sama pelakon terkenal lain seperti Anna Jobling, Puteri Sarah serta Azrel Ismail. 

“Untuk teater ini, kami ambil masa sebulan untuk latihan. Teater sangat berbeza dengan drama kerana ia berlaku secara langsung serta memerlukan pergerakan yang besar. Itulah bila sudah sibuk begini, saya sebenarnya tak ada masa nak update TikTok. 

“Kalau orang lain sempat nak kemaskini kandungan TikTok, saya pula sibuk dengan berlakon.  Alhamdulillah, sekarang saya sudah ada pengurus bolehlah tengok-tengokkan,” katanya sambil ketawa. 

Terdahulu, teater Maduku Terpaling Kalut telah dipersembahkan untuk kali ketiga di Pusat Seni Persembahan Petaling Jaya 1 Utama. Teater yang dihadiri 200 penonton itu sempat menjadi trending di Twitter pada Ahad. - Getaran, 4 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN