Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Nur Fazura Kongsi Rahsia Kejayaan Tudung Fazura

Pelakon, penyanyi dan usahawan terkenal, Nur Fazura berkongsi rahsia di sebalik kejayaan Tudung Fazura yang menjadi fenomena di seluruh negara.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2022 8:57AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak dapat dinafikan, setiap kali Nur Fazura melancarkan koleksi terbaharu Tudung Fazura, pasti akan laris bak pisang goreng panas. 

Di mana-mana sahaja yang anda pergi sekarang ini pasti boleh nampak ada wanita yang menyarungkan Tudung Fazura. Ia bagaikan satu fenomena.

Malah Tudung Fazura pernah mencapai rekod jualan tertinggi iaitu sebanyak 200,000 helai tudung untuk sebuah koleksi.

Getaran berkesempatan bertemu dengan pelakon, penyanyi dan usahawan ini di majlis makan malam gala bagi meraikan para ejen dan stokisnya yang digelar ‘Besties’ yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu kota baru-baru ini. Lantas kami cuba merungkai rahsia kejayaan perniagaannya.  

Menurut Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 39, rahsia kejayaan perniagaan tudung miliknya terletak pada harganya yang sangat murah dan mampu milik.

“Memang saya tetapkan harga untuk sehelai Tudung Fazura RM27. Pada mulanya saya ingin letak harga RM25. Tetapi bila difikirkan, angka 27 itu mempunyai makna yang tersendiri dalam hidup saya. Yang pertama, ia adalah tarikh lahir saya dan kedua tarikh itu adalah tarikh Fattah melamar saya. 

“Niat saya memang mahu semua orang dapat pakai tudung saya. Alhamdulillah, ternyata hajat saya itu ditunaikan kerana ke mana sahaja saya pergi sekarang, saya akan nampak orang pakai tudung saya,” ujarnya.

Katanya lagi, harga RM27 itu akan dikekalkan buat masa sekarang kerana dia belum mempunyai perancangan untuk mengeluarkan koleksi yang lebih mewah.

“InshaAllah kami akan kekal dengan harga itu. Ada juga yang minta pelbagai versi hijab seperti selendang dan tudung dari material sifon. Tetapi saya rasa saya belum bersedia untuk menghasilkan koleksi seperti itu lagi. 

“Namun perancangan itu tidak mustahil. Mungkin pada masa hadapan saya akan fokus untuk hijab yang lebih eksklusif,” katanya. 

Melihatkan sambutan yang diterima oleh pelanggan sangat hebat, Fazura turut merancang untuk membuka butik untuk para pelanggan tudungnya membeli-belah secara fizikal dalam masa terdekat. 

Apa yang lebih menyentuh hati ibu kepada Nur Fatima Aisya ini ialah apabila ada ramai wanita di luar sana yang terbuka hati untuk berhijab sepenuhnya selepas memakai Tudung Fazura.

“MashaAllah, saya mendapat banyak maklum balas daripada pelanggan yang terus berhijab sepenuhnya selepas memakai Tudung Fazura. Alhamdulillah. 

“Situasi ini pernah terjadi pada saya di mana dulu saya melatih diri memakai hijab sewaktu bulan Ramadan. 

“Pada ketika itu ramai yang memandang sinis kerana saya hanya berhijab ketika bulan puasa. Tetapi saya tidak boleh menipu diri sendiri, saya tidak akan terus memakai hijab hanya kerana orang mahu saya pakai hijab. Saya mahu lakukan kerana Allah. 

“Sampai sekarang setiap hari saya masih cuba untuk istiqamah,” kongsinya. 

Berbicara soal karier seninya, pemenang trofi Pelakon Filem Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27 ini berkata fokusnya kini lebih ke arah perniagaan. Tetapi dia melepaskan kerinduan untuk berlakon dengan membintangi kempen Tudung Fazura.

“Untuk berlakon dalam masa yang panjang, masa saya agak terhad kerana saya ada anak kecil yang masih perlukan perhatian. Alhamdulillah ada produksi yang boleh ikut jadual saya, tetapi skrip pula tidak menepati cita rasa saya. 

“Saya memang nak berlakon jika ada skrip yang bagus dan jadual yang bersesuaian,” katanya menutup bicara. - Getaran, 24 Januari 2022

Gambar: Helmi Anuar menggunakan Samsung Galaxy A52s 5G

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Individu Diminta Muhasabah Diri, ‘Setiap Kebaikan, Keburukan Akan Kembali Kepada Kita Sendiri’

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

“Cukup Menjadi Bermanfaat Buat Manusia, Menjadi Baik Itu Urusanmu Dengan Pencipta” Netizen Puji Keperibadian Fazura

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Nur Fazura Bangga Dengan Lakonan Fattah Amin Sebagai Awang

4

TARA 1 tahun yang lalu

Syawal Terindah Nur Fazura

Sorotan

1

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

2

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

3

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

5

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

6

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

7

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

Disyorkan untuk anda

Selebriti 20 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 7 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar