web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nur Fazura Bangga Dengan Lakonan Fattah Amin Sebagai Awang

Kata Fazura, biarpun pemilihan Fattah sebagai Awang sebelum ini menjadi pertikaian, tetapi suaminya telah berjaya buktikan kemampuan lakonan serta kemahiran silatnya yang hebat.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2022 4:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon, penyanyi dan usahawan terkenal, Nur Fazura meluahkan rasa bangga dengan persembahan yang dipamerkan oleh suaminya iaitu Fattah Amin yang membawakan watak Awang dalam filem epik, Mat Kilau

Fazura yang ditemui sewaktu tayangan perdana filem berkenaan berkata, sebelum tayangan perdana lagi, sudah ada yang datang kepadanya dan ucapkan tahniah kerana katanya lakonan Fattah sangat cemerlang dalam filem ini.

“Selepas saya tonton, saya rasa sangat bangga dengan persembahan yang dipamerkan oleh Fattah. Biarpun sebelum filem ini ditayangkan, ada yang mengkritik pemilihan Fattah sebagai Awang.

“Tetapi dia telah berjaya buktikan betapa hebat lakonan serta skil silatnya yang ramai orang tak tahu. Fattah memang ada ilmu dan bakat dalam seni pertahankan diri silat. 

“Sebagai seorang isteri, saya sangat gembira dan bangga serta berharap ramai yang akan ke pawagam terutamanya orang Melayu kita untuk tonton filem ini dan berbangga menjadi bangsa Melayu selain dapat mengimbau kembali perjuangan Mat Kilau dan pahlawan-pahlawan kita yang lain dalam mempertahankan tanah air,” katanya.

Ditanya apakah pendapatnya tentang filem Mat Kilau yang diarahkan oleh Syamsul Yusof ini, kata Fazura filem ini sangat sempurna.

“Saya nak beri 10 bintang untuk Mat Kilau. Ia sungguh sempurna. Saya rasa rakyat Malaysia boleh berbangga dengan adanya filem sebegini.

“Dan selepas sekian lama industri filem kita menyepi gara-gara pandemik, kali ini kita kembali bangkit dengan filem yang sebegini hebat. Ia sungguh epik!” kongsinya.  

Filem Mat Kilau yang sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara mencipta fenomenanya yang tersendiri apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM47 juta dalam masa 11 hari tayangan. - Getaran, 5 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Fazura Fail Permohonan Cerai, Sahkan Desas-Desus Rumah Tangga Bergolak

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Atlet Silat SUKMA Terengganu Maut Terkena Sepakan Lawan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pertunjukan Silat Wajar Dapat Kebenaran Kerajaan Arab Saudi - Mufti

4

Budaya 2 tahun yang lalu

Silat Diiktiraf UNESCO Seni Pertahanan Diri Warisan Budaya Melayu

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN