web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bangun Awal Pagi Kunci Kejayaan Fasha Bergelar Pelakon Berdisiplin

Dikenali sebagai pelakon berdispilin tinggi, Fasha Sandha akui tidak pernah sekalipun terlambat ke lokasi penggambaran sejak bergelar pelakon 19 tahun lalu. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2022 9:18PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon terkenal, Fasha Sandha mengakui salah satu kunci kejayaannya selama 19 tahun menjadi pelakon di Malaysia ialah sentiasa bangun awal pagi. 

Selain dikenali kerana bakatnya melakonkan pelbagai watak, Fasha juga sangat terkenal dengan disiplin kerjayanya yang sangat tinggi. 

Mengulas lanjut sikapnya yang tidak pernah datang lewat ke lokasi, kata Fasha dia sudah terbiasa bangun awal pagi untuk bekerja.

“Saya bermula sebagai model pada usia belasan tahun. ‘Call time’ untuk tugasan pada ketika itu ada yang bermula seawal jam empat pagi. Waktu yang pelik, tatkala orang sedang enak tidur, kami sudah mula bertugas.

"Jadi saya sudah terbiasa bangun awal pagi untuk ke tempat kerja dari umur 18 tahun hingga kini. Itu adalah tips yang saya masih boleh amalkan sehingga ke hari ini. Hari saya sentiasa bermula dari awal pagi,” katanya ketika ditemui di majlis memperkenalkannya sebagai duta produk kesihatan Gebu Glow.

Tambah ibu kepada tiga cahaya mata ini lagi, selama hampir dua dekad bergelar pelakon, dia tidak pernah lagi bangun tidur lewat. 

“Alhamdulillah, setakat ini saya tak pernah lambat. Selalunya saya akan datang setengah jam awal ke lokasi. Itulah resepi saya untuk menjadi kesayangan produksi,” ujarnya.

Kata pelakon filem Cicakman ini lagi, dia turut menurunkan tips dan nasihat yang sama kepada adiknya yang juga merupakan insan seni iaitu Elisya Sandha. 

“Saya selalu ingatkan Elisya supaya jaga waktu.Jika dia terlambat, dia akan memberi kesan kepada nama saya. Tetapi Alhamdulillah, Elisya sangat mendengar kata,” kongsinya.

Mengulas lanjut mengenai pelantikannya sebagai duta produk berasaskan vitamin C ini, kata Fasya niat utamanya menerima tawaran ini adalah kerana mahu membantu golongan terjejas dek pandemik COVID-19 serta ibu tunggal yang mencari rezeki demi menanggung keluarga. 

Fasha bersama pengasas Gebu Glow.
Fasha bersama pengasas Gebu Glow.

"Saya mula terlibat dengan melakukan kempen untuk mereka kerana niat saya pada waktu itu adalah mahu membantu ejen-ejen yang terjejas.

"Malah, harga yang saya tetapkan pada waktu itu juga tidak seperti yang kebiasaan. Selepas kempen itu berjaya dan saya sendiri mencuba produk ini serta merasai keberkesanannya, barulah saya bersetuju untuk menjadi duta mereka.

Ibu saya pernah menjadi ibu tunggal dan saya tahu betapa susahnya mama membesarkan kami adik-beradik kerana saya tiada ayah. Jadi ibu saya terpaksa berkerja siang malam untuk menyara kami sehingga menjadi orang yang berjaya. 

Saya juga pernah menjadi ibu tunggal cuma mungkin keadaan berbeza. Ada benda yang kita buat untuk duit dan ada benda yang kita buat untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan,” katanya sambil mengalirkan air mata menahan sebak. 

Dalam perkembangan lain, Fasha kini rancak menjalani penggambaran drama bersiri 'Dendam Seorang Isteri' yang merupakan adaptasi drama popular Korea, 'Temptation of Wife'. - Getaran, 19 Januari 2022. 

Gambar: Gebu Glow

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pendidikan Perlu Disertai Disiplin, Akhlak Dan Adab - PM

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN