web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nia Ramadhani, Suami Dijatuhkan Hukuman Penjara Setahun 

Pelakon terkenal Indonesia, Nia Ramadhani dijatuhkan hukuman penjara selama setahun bersama suaminya kerana didapati bersalah terlibat dengan penyalahgunaan dadah. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2022 11:43AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malang buat pelakon terkenal Indonesia, Nia Ramadhani apabila mahkamah Jakarta menjatuhkan hukuman penjara satu tahun terhadapnya atas kes penyalahgunaan dadah. 

Turut dijatuhkan hukuman penjara selama setahun adalah suaminya iaitu Ardi Bakrie dan pemandu mereka, Zan Vivanto atas kesalahan yang sama.

“Hukuman yang patut dijatuhkan adalah penjara kerana Zen Vivanto, Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie terbukti secara sah dan menyakinkan melakukan kesalahan,” kata Ketua Hakim, Muhammad Damis seperti yang dilaporkan Kompas. 

Mereka bertiga didapati melakukan kesalahan berkenaan pada pertengahan 2021 selepas Zen yang merupakan pemandu peribadi kepada pasangan ini telah ditahan polis kerana memiliki dadah jenis syabu. Penangkapan itu membongkar kegiatan mereka bertiga sehingga menggemparkan industri hiburan Indonesia.

Nia yang pernah popular dengan sinetron 'Bawang Putih Bawang Merah' pada 2006 kelihatan sebak dan menangis sebaik mendengar keputusan hakim.

Terdahulu, Nia, suami dan pemandu mereka diarahkan untuk menjalani tempoh pemulihan selama 12 bulan, namun hanya sempat menjalaninya selama lima bulan sahaja. 

Nia pernah mendedahkan salah satu sebab dia terlibat dengan penyalahgunaan dadah adalah kerana terlalu merindui bapanya yang sudah meninggal dunia. 

Semoga Nia dan suami mengambil iktibar atas apa yang berlaku kerana mereka mempunyai tiga anak kecil yang sedang membesar, - Getaran, 13 Januari 2022.

Gambar: Arie Puji Waluyo, Warta Kota

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Serang Balai Polis Ulu Tiram: Bapa, Anak Dipenjara 30 Tahun, Ibu 4 Tahun 

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Rasuah: Setiausaha Sulit Kanan Bekas Menteri Dipenjara 6 Tahun, Denda RM8.8 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rogol Wanita: Da'i Syed Dipenjara 10 Tahun, 3 Sebatan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN