Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Sejenak Bersama Nathan Hartono

Penyanyi Singapura Nathan Hartono berkongsi tentang lagu terbaharunya bersama wartawan Getaran, Sara Mack Lubis.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2021 4:20PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mungkin anda pernah mendengar lagunya di stesen radio, Spotify, iTunes atau di YouTube tetapi tahukah anda siapa Nathan Hartono? Walaupun belum begitu terkenal di Malaysia, Nathan Hartono adalah penyanyi, penulis lagu dan juga pelakon yang telah pun mencipta nama dan menjadi household name di negara jiran, Singapura.

Anak kelahiran Singapura ini telah membuat debut sebagai penyanyi selepas memenangi pertandingan menyanyi, Teenage Icon pada 2005. Album debutnya, LET ME SING! Life, Love and All That Jazz telah dikeluarkan pada 2006. 

Nathan mempelajari muzik melalui YouTube sejak kecil, “Pada masa itu, saya tidak memberitahu sesiapa pun yang saya suka bernyanyi. Saya hanya menyanyi bila tiada orang di rumah dan ketika saya berjalan pulang dari sekolah,” katanya.

Kami sempat menemu ramah penyanyi ini secara eksklusif lewat panggilan video kelolaan syarikat rakaman Warner Music. Dalam wawancara ini Nathan telah berkongsi tentang lagu terbaharunya yang berjudul ‘I’m Fine’ dan beberapa perkara lain. Berikut adalah fakta yang perlu anda tahu tentang Nathan Hartono.

Apakah sumber inspirasi rentak bunyi lagu ‘I’m Fine’ dan bolehkah Nathan menceritakan lebih lanjut mengenainya?

Lagu ini telah diilhamkan oleh lagu-lagu dari era 80-an. Sesuatu tentang era tersebut membawa perasaan nostalgia dan ketenangan yang tidak dapat dijelaskan. Ia mengingatkan saya pada zaman kecil dan saat ketika saya benar-benar dapat memberitahu bahawa saya baik (I’m fine) ketika ditanya khabar. 

Lagu ini adalah respons saya untuk tahun 2020. Walaupun dunia ini berada dalam keadaan kelam-kabut, saya sering memberi jawapan copy paste yang sama jika ditanya khabar. Sejujurnya, saya ingin mengatakan lebih banyak daripada itu tetapi ia tidak terkata.

Tahun lalu merupakan tahun yang penuh dengan emosi bagi semua orang. Secara ringkasnya, lagu ini menceritakan kisah perjalanan hidup dan perasaan terpendam yang tidak dapat disampaikan.

Bahagian manakah dalam lirik lagu ini yang menarik bagi Nathan?

Bahagian bridge adalah yang paling menarik dan juga pelik. Sampai ke hari ini, saya masih hairan dan tertanya-tanya kenapa saya menulisnya begitu. Dalam banyak situasi, kita selalu cuba menunjukkan penampilan yang kental tetapi pada masa yang sama ingin menagih simpati daripada orang lain. Ia umpama seperti saya marahkan diri sendiri kerana berkongsi emosi yang lama terbuku di dalam hati.  

Adakah Nathan terlibat dalam proses penulisan dan penciptaan lagu ini?

Perkara lucu tentang penulisan lagu ini adalah saya menulisnya secara spontan. Sejujurnya, tidak banyak pemikiran yang dicurahkan ke dalam penulisan lagu ini. Ia sesungguhnya menceritakan apa yang saya rasakan sepanjang tahun 2020. 

Kami mendapat tahu bahawa Nathan terlibat dalam proses animasi dan penyuntingan video muzik lirik ini. Adakah ia mengambil masa yang lama?

Ia mengambil masa dua hingga tiga hari. Pada mulanya saya tidak ada perancangan awal untuk menghasilkan apa-apa video. Justeru itu, saya terpaksa menghasilkan video ini sendiri dengan menggunakan iPad adik saya kerana sudah terlambat untuk mengupah orang lain. 

Saya mempelajari cara-cara melukis animasi melalui video di YouTube. Disebabkan saya sering melukis ketika zaman remaja, ia tidak menjadi sukar bagi saya mempelajarinya. 


 

Adakah Nathan mempunyai rutin waktu yang tertentu untuk menulis lagu?

Selalunya lirik ditulis secara spontan dan tidak ada masa yang tetap. Kadangkala idea akan muncul pada lewat malam dan juga awal pagi. 

Namakan seseorang yang mempengaruhi genre muzik Nathan?

Susah buat saya untuk memberi satu nama sahaja.  Muzik tempatan berbeza semasa saya mula menjadi pemuzik dengan sekarang. Ia telah berkembang dengan sangat maju. Semasa saya kecil, saya memandang tinggi artis antarabangsa seperti John Mayer tetapi cita-cita ini kelihatan sukar untuk dicapai. Sekarang, saya tidak perlu mencari inspirasi daripada pemuzik luar lagi.

Banyak artis tempatan yang telah mencipta nama di peringkat global. Ini membuat saya sangat gembira dan teruja serta terinspirasi oleh mereka.

Adakah anda mempunyai kaedah baharu untuk meneruskan konsert dalam pandemik ini?

Saya pernah membuat konsert dalam talian di hadapan komputer, di bilik saya sendiri semasa nationwide lockdown.

Saya juga pernah membuat rakaman persembahan yang kemudian distrim atas talian. 

Ketika keadaan di sini semakin baik, saya mengadakan konsert fizikal yang dihadiri oleh 150 orang di tempat yang boleh menampung ribuan penonton.  

Walaupun saya masih tidak biasa dengan norma baharu ini, sekurang-kurangnya saya dapat mengadakan konsert secara langsung. Ia menjadi pengalaman unik yang boleh diceritakan kepada cucu-cicit saya nanti. 

Boleh kongsikan sedikit nasihat kepada sesiapa yang ingin mengikuti jejak langkah Nathan?

Bagi saya terdapat dua perkara yang paling penting:

Yang pertama, cari jalan untuk terus berlatih sama ada dalam penghasilan atau penulisan lagu. Berlatih bukan sahaja secara peribadi tetapi secara siaran langsung di platform seperti Instagram atau TikTok live. Apa-apa pun anda perlu mencari alasan untuk meneruskan dan memupuk semangat kreatif anda. 

Jangan berhenti mendengar muzik terbaharu. Dengan ini, kita dapat mengetahui perkembangan kreatif dalam industri muzik sama ada tempatan atau antarabangsa. 

Lagu terbaharu Nathan Hartono berjudul ‘I’m Fine’ boleh didengar di pelbagai platform muzik seperti Spotify dan Itunes. Video liriknya pula boleh ditonton di Youtube. - Getaran, 8 Mac 2021

Semua gambar: Warner Music

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Trend 'Alamak' Dah Merebak Ke Singapura 

2

Muzik 1 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Singapura Akan Naikkan Usia Persaraan, Bekerja Semula Pada 2026

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

De Fam jawab kritikan dan jelaskan lirik lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri.

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

Berita gembira itu dikongsi menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram

oleh Wartawan Getaran

Filem & TV 9 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21