web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hampir Terputus Jari, Anding Genggam Trofi Pelakon Lelaki Harapan FFM31

17 tahun menghambakan diri dalam dunia seni, pelakon, penyanyi dan pengacara yang berasal dari Sarawak, iaitu Anding Indrawani akhirnya mendapat pengiktirafan tertinggi sepanjang kerjaya seninya.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2021 1:09PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

17 tahun menghambakan diri dalam dunia seni , pelakon dan penyanyi yang berasal dari Sarawak, Anding Indrawani akhirnya mendapat pengiktirafan tertinggi sepanjang kerjaya seninya apabila dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Harapan di Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31).

Mula mencuri tumpuan saat menjadi salah seorang peserta dalam program realiti popular, Akademi Fantasia musim kedua pada tahun 2004, kerja seni Anding atau nama sebenarnya Anding Indrawani Zaini, 38, ada pasang surutnya berbanding teman seangkatan yang lain.

Namun menurut Anding, biarpun kejayaan agak lambat menghampiri dirinya, tetapi dia berpegang teguh dengan prinsip 'perlahan-lahan kayuh'.

“Prinsip saya senang, sekali bergelar anak seni, selama-lamanya saya anak seni, sebab saya pernah untuk cuba tukar kerjaya tetapi saya tetap juga akan berada dalam bidang ini,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kemenangannya sebagai Pelakon Lelaki Harapan yang diraih menerusi lakonan mantapnya dalam filem Headhunter, kata Anding, pengiktirafan ini adalah sesuatu yang tidak pernah dia fikirkan.

“Saya rasa pengorbanan yang dilakukan ketika penggambaran filem ini sangat berbaloi. Ia sangat-sangat mencabar.

“Saya hampir terputus jari untuk filem ini pada hari pertama penggambaran dan perlu menerima jahitan.

“Keesokan harinya saya perlu lakonkan babak menyelam di dalam air dan saya buat walaupun doktor kata jangan buat tetapi saya teruskan kerana ini adalah apa yang saya cintai. 

“Selain itu saya terpaksa memotong rambut saya serta bertutur dalam Bahasa Iban yang bukan bahasa ibunda saya. Saya orang Bidayuh dan Melanau jadi Bahasa Iban merupakan sesuatu yang asing bagi saya,” kongsinya. 

Dalam perkembangan lain, Anding turut terlibat dengan persembahan teater Putri Santubong The Warrior Princess yang dipentaskan di Sarawak. Dalam teater berkenaan dia bergandingan bersama Maya Karin yang memegang watak sebagai Putri Santubong. 

“Hari ini sebenarnya ada sesi raptai penuh, tapi saya terpaksa berkorban lari sekejap untuk hadir ke FFM31 dan saya akan ambil penerbangan awal pagi untuk pulang ke Sarawak.

“Walau bagaimanapun show must go on. Saya akan teruskan untuk membuat persembahan pada Sabtu dan Ahad,” katanya. - Getaran, 12 Disember 2021

Gambar: Instagram @andingindrawani
Gambar: Instagram @andingindrawani

Gambar : Ihsan FFM31, kecuali tertera

Isu Pada

Amaran Bunga Dan Siti Nordiana

11 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 4 tahun yang lalu

Di Sebalik Kontroversi, Pementasan 'Putri Santubong' Sukses, Dikenali Dunia!

2

TARA 4 tahun yang lalu

'Roh' Bukan Filem Biasa-Biasa Untuk Festival Filem Luar

3

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Bajet Filem 'Roh' Lebih Rendah Daripada Wang Kemenangan FFM31 

4

Selebriti 4 tahun yang lalu

Keluar Hospital, Zul Ariffin Terus Menang Pelakon Lelaki Terbaik FFM31

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN