Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Dahulu Pontianak, Maya Karin Kini Jadi Putri Santubong

Namun ada pihak yang mempersoalkan pemilihan Maya sebagai Putri Santubong dan menganggap dia tidak layak membawakan watak itu kerana dia bukanlah artis kelahiran Sarawak.

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2021 6:38PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebulan lamanya aktres Maya Karin menetap di Kuching, Sarawak demi menjayakan pementasan teater muzikal Putri Santubong The Warrior Princess yang bakal dipentaskan di Kampung Budaya Sarawak pada 11 dan 12 Disember serta ditayangkan secara langsung menerusi pautan www.putrisantubong.com.my

Bagi merealisasikan watak mitos kepahlawan puteri kayangan yang dikatakan pernah menguasai kerajaan Santubong suatu masa dahulu, Maya bukan sahaja telah menggunakan khidmat Ellie Suriaty Omar sebagai jurulatih lakon tetapi juga turut gigih mempelajari tarian, silat serta menguasai bahasa Kayangan dan Melayu Sarawak. 

Namun, ada juga segelintir pihak yang mengecam serta mempersoalkan pemilihan Maya sebagai Putri Santubong serta menganggap dia tidak layak membawakan watak Putri Kayangan itu kerana dia bukanlah artis kelahiran Sarawak.

Tidak kurang juga yang menuduh Maya sebagai pencuri budaya kerana mengenakan perhiasan kepala yang dikatakan mirip dengan warisan budaya Palembang. 

Ketika diwawancara Getaran, Maya berkata, dia maklum dengan segala kecaman tersebut, namun pada masa yang sama, ia juga adalah di luar bidang kuasanya. 

“Penglibatan saya sebagai Putri Santubong adalah atas pemilihan pihak penerbit dan bukan saya juga yang membuat keputusan tentang busana-busana yang digunakan di dalam pementasan muzikal ini. 

“Namun, kita juga harus ingat, satu ketika dahulu, Nusantara adalah satu negara yang serumpun dan semestinya, kita banyak berkongsi persamaan budaya yang sama. 

“Apa pun, sebagai pelakon, saya hanya mengikut kehendak pihak penerbit. Jika ada pihak yang cuba mempersoalkan hal-hal sebegini, usah tanya saya. Tanyakan kepada mereka (penerbit),” katanya. 

Menjelaskan tentang watak sebagai Putri Santubong dengan lebih lanjut, Maya berkata, sebetulnya tidak ramai yang benar-benar tahu tentang kehebatan puteri yang menjadi kebanggaan masyarakat di Sarawak itu. 

“Dia adalah seorang puteri dari Kayangan yang cantik, bijak serta mempunyai kekuatan sendiri, bahkan dia juga seorang pahlawan wanita yang hebat dan tidak terbilang. Dia juga banyak mengubah peradaban masyarakat setempat. 

“Saya berasa terharu apabila diberi peluang untuk membawakan watak sebagai Putri Santubong ini. 

“Dalam tempoh sebulan ini, saya bekerja keras supaya dapat membawakan watak ini dengan sebaik mungkin pada pementasan ini. 

“Kalau hendak diikutkan, masa sebulan yang diberikan memang tidak mencukupi. Tapi, saya tetap cuba menggunakan masa yang ada ini untuk menzahirkan watak Putri Santubong dengan berkesan agar ia dapat membanggakan orang-orang di Sarawak. 

“Saya juga berasa syukur dan gembira kerana semua pihak yang terlibat di dalam pementasan ini juga bekerja dengan begitu keras sekali dan mereka amat membantu saya,” katanya. 

Dalam pementasan ini juga, Maya bakal digandingkan dengan aktor Azrel Ismail yang membawakan watak sebagai Kijang Mas. 

Ditanya tentang kualiti persembahan dan lakonan Azrel yang pertama kali bermain teater, Maya berkata, dia sebenarnya tidak menyangka bahawa Azrel dapat merealisasikan watak sebagai Kijang Mas dengan begitu baik sekali. 

“Walaupun ini adalah teater pertamanya, tapi dia tidak nampak seperti orang baru. Dia nampak seperti seorang yang sudah berpengalaman di pentas teater. Dia juga bekerja keras dengan wataknya dan banyak memberi dengan lakonannya. 

“Dalam pementasan teater ini, Putri Santubong dengan Kijang Mas akan bercinta,” katanya sambil tersenyum.

Pementasan teater muzikal Putri Santubong The Warrior Princess ditaja Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak.

Selain Maya dan Azrel, pementasan teater muzikal ini turut dijayakan pelakon Soffi Jikan (Dewa Kejora), Anding Indrawani (Datuk Nakhoda) dan Dewi Liana Seriestha (Putri Sejinjang).

Pementasan teater muzikal Putri Santubong The Warrior Princess berkisar mengenai kisah mitos tentang dunia kayangan penuh mistikal yang dikuasai Putri Santubong dengan kuasa sakti yang tiada tandingan. 

Kisah bermula apabila Putri Santubong bersedih apabila melihat kesengsaraan yang dialami rakyat di Bumi dan dia kemudian telah merancang untuk mengubah kehidupan mereka dengan menghantar tujuh orang puteri. 

Ketujuh-tujuh puteri itu dihantar ke tiga tempat yang berbeza di Bumi dengan bantuan dua ekor burung mistik iaitu Burung Bayan dan Burung Merpati. Sebelum turun ke Bumi, mereka telah dilarang untuk bercinta dengan lelaki dan memakan ayam. 

Di Bumi, ketujuh-tujuh puteri itu mengajar cara untuk menenun, menuai padi, menari, membuat kraf tangan dan muzik, manakala di Kayangan pula, percintaan tercetus di antara Putri Santubong dengan Kijang Mas dan Putri Sejinjang pula bercinta dengan Datuk Nakhoda. 

Namun berlaku tragedi yang tidak diingini apabila Iswaraja cuba membalas dendam terhadap Kijang Mas dan Putri Santubong kerana perasaan cintanya terhadap Putri Sejinjang terhalang. - Getaran, 10 Disember 2021

Gambar: Instagram @putri_santubong_musical dan @maya_karin

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Serangan KK Mart Berterusan: KK Mart Kuching Mangsa Ketiga

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Teknikal MA63 Bincang Isu Pendidikan, Kesihatan April Ini - Fadillah Yusof

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Teladani Perpaduan Rakyat Sarawak, Urus Perbezaan Dengan Ihsan Dan Hikmah - PM

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Muzik 12 jam yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

Berita gembira itu dikongsi menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram

oleh Wartawan Getaran

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

oleh Rahayu MN